: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Friday, November 10, 2023

February 2023 | Tasik Villa International Resort PD

 Assalamualaikum..


Okay jom kita masuk bulan 2 punya citer pulak. Cik Firus ni memang kaki jalan2. Tak boleh duk rumah. So ajak la dakmok pegi healing kononnya. Healing dekat2 jela sebab pegi weekend kan. 


Destinasi pilihan ialah Tasik Villa International Resort kat PD. Cik Firus dah pernah pegi sebelum ni dengan ofismate tapi kitorang stay villa yang ada private pool. Kali ni berdua je dengan dakmok stay kat water chalet jela. Harga masa booking tu RM230++ termasuk tax & breakfast.


Dari jauh dah boleh nampak "Tasik Villa" tu


Okay ni pintu keluar masuk dia


Ni pulak area lobby hotel. Very nice. Sangat luas. Seat pun banyak.


Water chalet ni banyak block. Kitorang dapat block ni which is paling dekat dengan lobby.

Meh Cik Firus share gambar dalam bilik camne pulak yer. Best pasal water chalet ni dia ada balcony yang tak kecik sangat. Boleh lepak ambik angin kat luar tu.











Tasik Villa ni ada 3 jenis design bilik. Pertama design villa with private pool, kedua water chalet & ketiga jenis highrise macam hotel2 lain. Kawasan dia sangat luas. Lepas tu ada macam2 jenis aktiviti kita boleh kat dalam ni. Mostly aktiviti ni berbayar la kecuali duduk lepak kat common area. Sangat sesuai untuk yang betul2 nak healing, betul2 nak rehat. Tak payah keluar mana2 dah.





Lepas check-in kitorang lepak kat bilik sementara tunggu makanan sampai. Kitorang order grab je. Kalo nak order dari restoran hotel pun boleh tapi pricey sikit la. Dah kenyang baru la boleh buat aktiviti lain kat sini.


Kat bawah ni antara aktiviti berbayar kat sini.

                             





Harga kitorang main pedal boat untuk 30 minit. Guest akan dapat 20% less untuk setiap aktiviti. Masa nak bayar tu cashier akan mintak nombor bilik. Seronok main pedal boat cuma memenatkan sebab kaki kitorang ni pendek nak kayuh pedal tu..hahaha.                           




Esoknya kitorang breakfast kat hotel sebab memang dah included. Breakfast kat sini ada 2 slot. Masa check-in dorang suruh kita pilih terus nak slot yang mana satu. Macam Cik Firus sah2 la akan pilih slot pertama. Cik Firus memang morning person kalau time bercuti 😁







Makanan dia boleh tahan banyak pilihan. Rasa pun not bad. Sejenis Cik Firus kalau makanan tu sedap memang akan guna masa dorang provide tu sampai dorang buat announcement masa slot pertama dah habis. Basically kat sini dorang akan remind 15 minit sebelum masa habis. BTW mana yang bilik jauh nak pegi breakfast boleh call reception mintak buggy datang ambik. 

Selagi ada masa selagi tu la kitorang nak beraktiviti. Lepas je breakfast terus kitorang sewa tandem bike pusing2 dalam kawasan situ.





Puas jugak la pusing2 kat dalam tu selama 30 minit. Memang kena pakai topi yer sebab panas sangat. Dah settle mengayuh kitorang balik bilik, rehat kejap then bersiap untuk check-out. 

Cik Firus memang recommend sape2 nak datang sini. Memang seronok. Tak menyesal punya. Berbaloi dengan harga. Lagi satu best pasal tempat ni kita boleh tengok flight lalu setiap minit.

Okay tu je setakat ni.

Bye.

Wednesday, November 8, 2023

January 2023 | Johor Bahru

 Assalamualaikum..


Memandangkan sekarang dah masuk November & Cik Firus baru ada semangat nak update blog. Kali ni nak citer ringkas je.


January hari tu Ella kawan Cik Firus ajak teman dia pegi kenduri saudara dia. Kebetulan Cik Firus free onz jela teman dia. Hotel pulak cousin Ella dah booked tapi kitorang bayar separuh la sebab segan dengan cousin dia tu. Sepanjang kat sana memang cousin dia je yang keluarkan duit. Kitorang panggil godfather..hahaha.


 

Excited yer bila sampai sini. Especially bila nampak crown biru tu. Dah gaya macam nampak Sultan Johor.

Lebih kurang 7.00pm sampai hotel terus kitorang bersiap. 8.00pm dah kena ada kat wedding hall. 




Sedap okay makanan kat wedding ni. Cik Firus rasa ni wedding yang paling grand pernah Cik Firus attend. Sebijik macam wedding artis.


Gambar dengan pengantin mesti la ada kan sebagai kenangan. Bak kata orang sekarang tanda hadir.

Okay tu jer citer kali ni.

Bye 😉

Wordless Wednesday