: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, July 5, 2010

: : GigI BoNgSu : :

Da nk dekat seminggu cik firus x update blog sbb last week bz ngn register sem baru.. lps tu sakit gg pulak.. cik firus sakit gg b4 registration lg tp xde la teruk sgt.. lps register makin sakit lak gg ni.. igt kn sakit gg biase2 je tp kali ni sakit luar biase.. da merana semalaman kt KL tu parent cik firus suh balik ganu.. cik firus pn balik la.. cik firus g klinik 2 kali.. g kali ke-2 baru doc bg mc 2hari.. 

~ni dye mc cik firus~

~camni la keadaan gg bongsu cik firus skg~

kat sini cik firus nk share ckit sal gg bongsu ni :)


Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.


Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
• Kesakitan
• Jangkitan
• Kebengkakan
• Penyakit gusi
• Nafas berbau
• Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
• Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
• Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
• Kebengkakan muka
• Kesukaran untuk menelan
• Kesukaran membuka mulut
• Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum
ke klinik:
o Makan ubat penahan sakit.
o Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
o Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
o Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
• Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
• Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
• (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.