: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Thursday, August 7, 2014

:: 12 July 2014 = 14 Ramadhan 1435H ::

Assalamulaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri sume. Arini da masuk 11 syawal bermakna da 11 ari ramadhan pergi meninggalkan kite sume. Hopefully tahun depan kite dapat bertemu ramadhan lagi. InsyaAllah.. Tahun ni birthday cik firus jatuh pada bulan ramadhan lagi iaitu 12 july 2014 bersamaan 14 ramadhan 1435H.

Cik firus macam biase bodek adik cik firus a.k.a dak mok mintak hadiah birthday. Dengan baik hatinya dak mok cakap nak belanja makan kat THE CHICKEN RICE SHOP. Wuhuuuuu sayang la dak mok :)
Even dak mok yang belanja tapi dak mok suruh cik firus sendiri yang manage untuk booking tempat segala bagai sebab dak mok tak reti. Dak mok juz bagi duit.

11 july aritu ofismate cik firus ajak berbuka sama-sama. Kitorang pegi klcc je sebab dekat dengan ofis & lagi satu sebab one of ofismate cik firus; kak ila teringin nak makan pepper lunch express. Cik firus on je sebab da lama tak makan.


Ibu n boyfriend si qila pun join jugak. Tak sangka aritu boleh jumpa ibu (ibu qila) sebab da lama tak jumpa. Macam biasa la kalo ibu join mesti ibu ada belikan something untuk kitorang. Aritu pulak ibu belikan san francisco coffee yang blended punya. Da lama cik firus nak try n rezeki aritu dapat jugak rasa san francisco ni. Cik firus pilih coklat. Sah sah la coklat sebab tu kan feveret flavor. Rasa dia memang terbaikkkkkk.



Qila pulak bagi birthday cake in advance. Qila bagi kek coklat n kek red velvet. Even qila cakap tak tau apa feveret kek cik firus tapi qila memang terbaik sebab sume kek dia bagi tu feveret kek cik firus. Memang senyum sampai telinga la cik firus.

Dan bila esok...yeayyy 12 july my birthday. Destinasi pertama cik firus n dak mok adalah masjid jamek. Plan nak cari tudung, brooch n barang raya yang belum cukup tapi sampai je sana orang ramai sangat2. Nak jalan susah. Dengan bau nya yang macam2. Sekejap je kitorang kat sana sebab tak tahan sangat. Nak pitam cik firus kat sana. Sempat beli brooch je kat sana. Time kat sana jumpa Heliza n Mr. Bie. Dorang wat sumbangan tuk gaza. Tak sempat snap pic Heliza.


Lepas tu terus kitorang pegi klcc. Pegi tempat teduh n ada aircond. Kat klcc pun orang ramai jugak tapi takde la sampai tak dapat jalan macam kat masjid jamek tu. Sampai klcc kitorang jalan2 kat dalam galeri petronas. Tak tau la orang lain perasan tak kewujudan galeri ni. Kalo perasan pun rasanya mesti tak masuk kan. Kalo pegi klcc dengan dak mok kitorang mesti masuk galeri ni. Nak kata kitorang ni berseni tu tak la berseni mana pun tapi kitorang memang suka tengok apa yang dipamer kat dalam tu. Kadang2 kita boleh tengok benda yang unik yang belum kita tengok. Lagi pun kat galeri tu pameran dia ikut musim. Bukan all the time pamer benda yang sama. Sape yang belum masuk boleh la masuk sebab FREE je masuk.



Da puas round dalam galeri tu masuk pulak charles & keith dan misi mencari kasut raya bermula. Rasanya ada dalam 2 3 jam duk dalam tu. Kat sini pun orang ramai jugak padahal takde sale pun. Last2 dapat jugak kasut raya. Kiranya kasut raya + hadiah birthday sekali gus.

Dak mok da bising2 sebab beli kasut je da 2 3 jam. Tak larat nak dengar dak mok bebel terus kitorang gerak ke H&M avenue k. Kali ni tolong shopping baju raya kazen cik firus pulak. Aunty cik firus bank in duit untuk kitorang shoppingkan untuk anak dia sebab aunty cik firus tak sempat bawak anak dia datang kl. Kazen cik firus ni pulak memang nak baju raya dari kl. Cik firus beli kat H&M jela sebab kazen cik firus da lama nak baju ada gambar kucing or rimau. Time first time kazen cik firus tengok baju camtu kat H&M bukit bintang terus dia berkenan tapi tak beli lagi time tu. Budak2 sekarang umur baru 9 tahun tapi baju branded. Nasib baik dia sorang je kalo ramai mau botak kepala ummi dia..hehe



Kat sini pun beratur panjang pulak kat cashier. Kitorang memang boring gila da so apa lagi memang selfie jela keje kitorang. Tengok dak mok tu sampai selfie muka bengang + boring. Btw time pilih baju tu selisih pulak dengan anne ngasri. Memang dia cantik..putih melepak. Tak pakai mekap pun tapi dia still cantik.


              


Da abes shopping kat avenue k kitorang balik tapi bukan balik rumah terus. Kitorang pegi berbuka kat The Chicken Rice Shop dalam jusco kat rumah kitorang. Time berlakunya cerita sedih. Kitorang sampai jusco pukul 6.45. Teman dak mok cari barang jap. Pukul 7 cik firus pegi TCRS then tunjuk resit booking aritu sementara dak mok pegi beli something untuk cik firus. Staff TCRS da tunjuk muka blur. Apahal pulak ko tunjuk muka blur?? Cik firus cakap dalam hati jela. Lepas tu staff tu cakap dengan muka blur + takut + serba salah "maaf la kak resit booking ni kita da buang semua lepas reserved meja tadi..tak perasan akak punya resit so kita tak reserve meja untuk akak".. cik firus da bengang da tapi sabar lagi. Cik firus tanya "da tu camne ni?".. Mula tu ingat nak mintak refund je tapi time tu da pukul 7 sume tempat da full. Nak balik rumah memang tak la sebab da penat. Lepas tu staff tu cakap "kita ada satu meja lebih tapi meja tu belakang la". Nak tak nak cik firus terima jela daripada takde langsung. Time staff tu setting meja tuk cik firus dengar staff tu kena marah dengan staff yang lain n manager or supervisor dorang kot sebab baju dia lain. Nasib baik dorang hidang makanan cepat. Dak mok datang je bagi satu plastik kat cik firus. Bukak je nampak kek secret recepi slice n toblerone with teddy kecik. Im shocked tengok ada kek skali sebab dak mok cakap tak nak beli kek. Dak mok cakap kesian pulak time birthday takde kek so dia beli jugak yang slice. Time berbuka everything goes very well. Aritu sangat happy + enjoy + penat + kenyang. TQ sume yang wish birthday cik firus :)