: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Tuesday, December 31, 2013

: : Outing With Family Last Weekend In 2013 Update Entry On The Last Day In 2013 : :

Assalamualaikum..

Selamat malam sume..ari ni merupakan ari terakhir untuk tahun 2013. So cik firus nak ambik kesempatan tuk update pada ari terakhir 2013 ni.

Ari jumaat lepas cik firus dapat call dari kazen cik firus yang umur 3 tahun. Biasa la budak2 zaman sekarang kecik2 da pandai guna phone. Kazen cik firus tanya bila nak datang umah dia. Petah betul kazen cik firus tu bercakap. Lama jugak la kitorang borak.

Cik firus terpikir jugak nak pegi umah kazen cik firus tu sebab ari kamis malam kazen cik firus yang sebaya dengan cik firus gitau dia ada kat umah kazen cik firus yang kecik tu. Ok cik firus decided tuk pegi umah kazen yang kecik tu sebab last jumpa dia pun raya haji aritu. Rindu sangat2 kat budak kecik tu. Tanya adik cik firus dia pun on jugak. Lepas balik keje terus pegi umah dia.

Ari sabtu tak pegi jalan mana2 sebab pakcik cik firus keje. Malam lepas maghrib baru kuar pegi pasar malam. Ingat nak pegi petang tapi budak kecik tu tido pulak. Sampai je pasar malam bukan pegi pasar malam terus tapi terjah kedai2 dekat pasar malam tu dulu. Bila pegi je pasar malam cam hampeh je sebab banyak makanan da abes. Tu la sape suruh pegi menyinggah tempat lain dulu. Da siap beli kitorang balik n menjamu selera then tido sebab esoknya nak pegi jalan2.

Esoknya bangun cam biasa. Pagi tu kitorang bekpes dulu kat umah. Makcik cik firus wat mee goreng. Lepas tu baru bersiap-siap nak kuar jalan2. Kitorang kuar umah dalam tengahari dah.


Ni memang aktiviti wajib cik firus n budak kecik ni. Bergambar dulu b4 pegi mana2. Tak pegi mana2 pun kitorang bergambar gak sebab kitorang memang pantang tengok camera..hehe. Destinasi kitorang adalah IKEA. Cik firus ajak makcik n pakcik cik firus makan meatball kat sana sebab cik firus da rindu giler2 nak makan meatball. Perjalanan kitorang nak ke IKEA ambik masa dalam setengah jam. Jalan pun tak jammed. Tapi budak kecik ni tido pulak dalam perjalanan tu. Sampai je IKEA da start stress sebab kereta banyak giler. Nak cari parking pun susah. Last2 dapat gak parking yang dekat dengan entrance n gate kuar.



Masuk je IKEA kitorang naik level atas. Jalan2 kat bilik pameran b4 sampai ke restaurant IKEA. Banyak giler barang cik firus berkenan tapi apakan daya pegi sana time belum gaji memang sengsara la. Dapat tengok je dengan hati yang sayu :(
Jalan punya jalan sampai la kitorang kat restaurant IKEA. Orang tak yah cakap memang fullhouse.

 Ni la makanan kitorang

 meatball n pasta ni adik cik firus punya

 mushroom soup order 2..satu tuk adik cik firus.lagi satu tuk budak kecik tu.

 Yihaaaaaaa dis is my meatball. cik firus rasa cam lain sikit cam tak sama rasa yang sebelum ni. Pakcik cik firus cakap meatball bakso lagi sedap..hahaha. Nasib baik pakcik cik firus order chicken wings.

Kek badam ni cik firus yang order. Memang da target nak beli kek daim tapi takde pulak. Ada kek badam je. Ermm takpe la kek badam pun kek badam la janji kek sebab memang teringin nak makan kek.

 Ok cik firus memang suka ganggu orang nak makan. Orang nak makan pun cik firus sempat lagi ajak bergambar..hihi

Siyesly cik firus memang langsung tak pasan bila adik cik firus snap gambar ni. Sedar2 je gambar ni da ada dalam phone dia.

Benda alah ni ada dalam toilet kat sana. Sebelum ni cik firus da penah tengok tapi tak pasan apa benda tu. Aritu terdetik nak tengok betul2 n baru tau apa benda tu sebenarnya :)

Ni muka kenyang kitorang..jom kita pegi shopping pulak.

Layan pulak gambar2 kitorang sementara menunggu pakcik makcik pilih barang.







Adik n kazen cik firus ralit duk main "ULAR"..cik firus memang tak join la sebab geli.




Layan budak kecik ni main benda alah ni sementara tunggu daddy dia simpan barang kat kereta


Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat dalam n luar THE CURVE. Sambil2 tu cuci mata skali. Macam2 ragam, macam2 fashion kitorang jumpa. Jom kita usha gambar lagi :)









Malam pun da menjelma badan pun da penat perut pun da kenyang so kitorang pun menuju ke arah kereta tuk balik. Otw balik umah pun budak kecik tu tido jugak. Yela da penat memang tido la sampai cik firus pun tido skali. Sampai umah baru cik firus terjaga. Budak kecik tu pulak da lama sampai umah baru terjaga.



Bila da terjaga memang susah la budak kecik nak tido balik. B4 masuk tido cik firus main dulu dengan budak kecik ni sebab esoknya da tak boleh main sebab da kena pegi keje n balik umah. Budak kecik ni suka sangat dapat whiteboard ni. Bukan setakat budak kecik ni, cik firus pun sama. Da lama tak jumpa whiteboard ni. Last jumpa beberapa tahun lepas time study..huhu. Cik firus pun main conteng2 gak kat whiteboard tu. Sambil2 tu ajar budak kecik ni menulis. Cik firus really enjoy n have fun on that day. Btw selamat tinggal 2013 yang penuh dengan ssegala kenangan, selamat datang 2014. Semoga hidup cik firus lebih baik pada tahun 2014 dari tahun 2013..aminnnnn :)

Thursday, December 19, 2013

:: Met Kakak Barbie ::

Assalamualaikum..

Have a nice thursday sume :)
Cik firus nak curi masa keje kejap tuk update blog ni. Ok sebenarnya cik firus jumpa kakak barbie..huh kakak barbie?? Barbie betul ke?? Nak tau betul ke tak tengok gambar kat bawah ni.


Camne percaya tak?? Sebenarnya sepupu kakak ni yang panggil kakak barbie. Kalo nak tau kakak barbie ni anak sedara kepada kak eynda. Kak eynda ni pun blogger jugak. Cik firus memang da lama follow blog kak eynda ni. Dalam blog kak eynda ni la cik firus selalu tengok gambar kakak barbie. 1st time tengok gambar kakak barbie ni cik firus cakap "cantiknya dia..kalo la boleh jumpa dia"..Selalu berangan nak jumpa kakak barbie at last one day angan2 cik firus tercapai bila kakak barbie datang ofis cik firus atas urusan bisnes. 1st time nampak kakak barbie kat ofis cik firus cam terkejut..cam tak percaya je. Time tu tengok je tak tegur pun sebab tak confident. Yela takut salah orang ke apa kan. Lagi satu time tu cik firus tak berurusan lagi dengan kakak barbie tak kan la tetiba nak pegi ganggu dia kan. For the 2nd time kakak barbie datang ofis time tu la baru cik firus berurusan dengan dia. Da settle bincang pasal keje baru cik firus tanya kakak barbie betul ke kakak barbie ni anak sedara kak eynda and she said "yes". Lepas tu kak barbie terkejut camne cik firus tau. Kakak barbie tanya camne tau then cik firus citer la memang cik firus ni follower kak eynda. Then citer lagi dengan kakak barbie bla bla bla bla and bla. Cik firus suka sangat dengan kakak barbie bcoz she's very friendly. Cakap pun lembut and sopan je. Semalam kakak barbie datang ofis lagi. Sekali lagi cik firus berurusan dengan kakak barbie. Semalam lama sikit duk discuss dengan kakak barbie..sambil2 tu kitorang borak2..hehehe. Da settle sume urusan bisnes cik firus dengan muka selamba ajak kakak barbie bergambar. Selamba je cik firus mintak tolong hubby kakak barbie snap kan gambar kitorang..hehe. Btw hubby kakak barbie sporting sangat2. Hepy sangat dapat jumpa kakak barbie. Lepas ni kita jumpa lagi yer kakak barbie :)

Monday, December 9, 2013

:: Short Vacation To Melaka & Johor Part 2 ::

Assalamualaikum..

Selamat hari isnin semua..cik firus nak curi masa jap tuk sambung update pasal vacation kat melaka & johor part 2 pulak.

Ok dah penat seharian jalan-jalan kat A Famosa tu balik tu memang tido jela. Esoknya pagi-pagi kitorang dah bersiap sebab kawan cik firus tu ajak pegi johor lah pulak. Planning asal pagi tu nak jalan-jalan kat bandar melaka tu tapi dah kawan cik firus ni meroyan ajak pegi johor so kitorang ikut kan jela..yela dah dia yang drive kan. Kitorang punya lah bersiap cepat-cepat tapi orang yang nak bawak kitorang tu tengah sedap berdengkur lagi. Adoiii sabar je lah dengan dia sorang ni.


Cik firus macam biasa lah sementara tunggu orang bersiap tunggu orang bekpes durian cik firus duk posing dulu dengan sorang kawan. Cik firus dengan sorang kawan ni memang tak makan durian..hehe. Dah siap semua kitorang terus gerak ke johor. Sebenarnya pegi johor pun sebab ada kenduri kawen kawan kepada kawan cik firus. Perkara yang paling tak best adalah kitorang terpaksa pakai baju kurung yang sama sebab tak tau pulak ada 2 kenduri kawen. Kalo korang perasan baju kurung cik firus pakai tu sama je juz tukar tudung. Sangat tak berpuas hati sebab terpaksa pakai baju sama. Korang jangan ingat kitorang pakai baju busuk tau..Kitorang dah basuh siap-siap tau baju tu. Dalam perjalanan nak keluar dari melaka kitorang singgah dulu kedai kat tepi jalan tuk beli ole-ole menandakan kitorang dah sampai melaka. Cik firus ni dah bape kali dah pegi melaka tapi tak penah pun nak beli tshirt melaka. So that time memang cik firus dah nekad nak beli jugak tshirt melaka. Akhirnya dapat jugak cik firus beli. Kalo ikut hati memang banyak benda nak beli tapi malangnya time tu cash kat tangan tak banyak..so sad.

Dah keluar dari melaka kitorang singgah R&R tuk bekpes. Kalo tak salah R&R Pagoh. Dah siap bekpes kitorang teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju iaitu kota tinggi. Sampai je kat kenduri kawen memang agak malu sebab kitorang tak kenal sape-sape kat sana. Lepas lepak kat rumah pengantin dalam 1 2 jam kitorang pegi ronda-ronda kat JB kejap b4 balik KL. 

 kat atas bukit tu VILLA NABILA yang sangat famous amos tu..first time cik firus tengok dengan mata sendiri secara live even tengok dari jauh

 yeay dah sampai danga bay..beria excited pulak padahal duk dalam kereta je

ok sekarang kita masuk wilayah iskandar pulak..time cik firus masuk kat dalam sana tu ada event apa ntah and kitorang selisih dengan kereta TMJ..tak sempat nak snap kereta TMJ yang smart tu sebab kereta tengah gerak kan



dis is legoland..tengok dari dalam kereta je..next time lah masuk dalam legoland tu pun kalo ada bajet lebih

Lepas round JB kitorang terus gerak balik KL. Kitorang dinner kat KFC restoran jejantas. Bengang pulak dengan kfc ni sebab sampai sudah cik firus punya burger dorang tak anta kat meja. Dah nak balik cik firus pegi mintak kat kaunter. Dah sampai senawang tu boleh pulak jalan jammed gila-gila..Last2 decide tuk masuk LEKAS. Kitorang sampai rumah pukul 1.00 pagi..penat gila badan even tak drive..yela duduk je dalam kereta memang penat lah.

So tu aje lah kisah short vacation kitorang..even short kitorang still enjoy that vacation.

Sunday, December 8, 2013

:: Short Vacation To Melaka & Johor Part 1 ::

Assalamualaikum..

Hiii my lovely dovely blog..Sory yer blog sebab dah lama cik firus tak jenguk kamu. Ok malam ni cik firus jenguk kamu yer. Sebenarnya banyak benda cik firus nak update tapi tak sempat lah. Kita tengok lah malam ni bape entry cik firus mampu update yer.

First thing cik firus nak update pasal citer last weekend. 29/11/2013 - 30/11/2013 hari tu ada kenduri kawen kawan adik cik firus kat melaka..nama dia Aisyah. Cik firus dah anggap aisyah ni macam adik cik firus sendiri. Kitorang memang kenal rapat lah. So time dia kawen cik firus kena lah pegi. Tak baik lah tak pegi sebab orang dah jemput. Lagi pun time along cik firus kawen dulu dia sanggup datang terengganu dari melaka. Papa mama pun nak datang jugak kenduri kawen aisyah tapi tak dapat datang sebab makcik cik firus pun buat kenduri kawen anak dia. Cik firus tak pegi kenduri makcik sebab jauh kat Kelantan..so cik firus & adik pegi kenduri kat melaka dekat sikit sebab kitorang kan kat KL. 29/11/2013 malam aisyah nikah & kenduri esoknya.

Cik firus pegi melaka dengan kawan2 cik firus. Dorang ni pun kenal jugak si aisyah ni. Lagi pun sorang kawan cik firus ni memang dah familiar jalan kat melaka. Planning asal nak gerak ke melaka sabtu pagi 30/11/2013 tapi cancel. Kawan cik firus cakap tak sempat sebab banyak tempat nak pegi. Kitorang gerak ke melaka 29/11/2013 pukul 8.00 malam sebab siang tu cik firus & sorang kawan cik firus ni keje.

posing sorang2 sementara menunggu yang lain angkut barang letak dalam kereta

Planning kitorang malam tu sampai je melaka terus pegi umbai. Kawan cik firus ajak pegi makan seafood kat sana. Umbai tu memang feveret port tuk kawan cik firus makan seafood. Selama ni selalu dengar citer dari kawan cik firus je. Malam tu akhirnya cik firus dapat jejak kan kaki ke sana. Nama kedai seafood tu Restoran Parameswara. Kitorang sampai dah lambat tapi alhamdulillah memang rezeki kitorang seafood still ada. Sampai je kat kedai tu memang kitorang serahkan segala urusan order makanan kat kawan kitorang tu. Kitorang juz tunggu makanan sampai kat meja.

ini lah dia makanan kitorang

 ikan siakap 3 rasa

 kerang bakar

 butter prawn

 nasi lemak

 yang ni tak sure..ketam goreng berlada kot

 licin semua makanan kitorang sapu

cik firus dengan salah sorang kawan cik firus

Alhamdulillah memang kenyang sangat2 cik firus makan malam tu. Seafood dia memang terbaikkkkk..memang tak rugi lah pegi sana. Sebenarnya kitorang nak makan kat atas bot tapi sebab dah lewat malam kitorang tak dibenarkan makan kat atas bot. Memang agak frust tapi frust tu dapat cover balik sebab dapat makan seafood yang superb sedap. Malam tu kitorang tumpang tido kat rumah kawan kitorang kat Taman Paya Rumput Perdana kalo tak salah cik firus.

30/11/2013 pagi kitorang bersiap-siap nak ke kenduri kawen aisyah. Kitorang nak pegi kenduri awal sebab lepas tu nak pegi tempat lain pulak. Takut tak sempat pulak kalo pegi kenduri lambat. Dah siap kemas & pack barang kitorang pun plan nak gerak lah tapi bila tengok jam macam awal je so kitorang pegi bekpes dulu. Lepak2 kejap kat kedai sambil minum air & makan kuih. Memang makan kuih je sebab nak simpan perut tuk makan nasi minyak aisyah. Lepas tu baru kitorang gerak ke rumah aisyah. 

Nice morning view from Taman Paya Rumput Perdana. Cik firus memang betul2 jatuh cinta kat rumah ni. Nampak je rumah ni terus suka..rasa macam tak nak balik je. Alangkah bestnya kalo cik firus dapat rumah ni.

bergambar dengan rumah ni sebagai kenangan sebab dah jatuh cinta kat rumah ni

 on the way ke rumah aisyah

 excited nampak signboard ni..ingat kat KL je ada Pandan Jaya rupanya kat melaka pun ada

cik firus kat pelamin sorang2..takde partner..huhu
sory yer gambar dengan pengantin takde dalam phone cik firus. Kebanyakan gambar snap guna camera kawan cik firus.

Dah settle kat kenduri kawen aisyah kitorang terus pegi check in homestay. Sampai je homestay terus kitorang tukar baju sebab dah lambat nak ke A Famosa. Kitorang nak pegi main air kat A Famosa pulak..huhuhu. Tiket masuk memang kitorang dah beli online siap2 sebab tak nak beratur panjang tuk beli tiket. Maklum lah sekarang kan time cuti sekolah memang ramai orang. Kebetulan pulak kalo beli online tiket lagi murah. Harga tiket kitorang RM50 tuk water theme park sekali dengan cowboy town. Sampai sana kitorang sewa 1 je locker tuk simpan barang. Kitorang sewa locker yang besar so jimat. Harga sewa locker besar RM12. Locker kecik pulak RM4. Tak semua kat water theme park cik firus main. Cik firus bukan lah extreme sangat pun. Tarikan baru kat sana adalah big ice cream. Nak main benda alah tu kena timbang berat & ukur tinggi dulu. cik firus tengok big ice cream tu pun da takut ni kan pulak nak main. takpe cik firus saje timbang berat dulu even dah dapat agak apa jawapannya. The result is cik firus tak leh main benda alah tu sebab berat tak cukup. tak pe cik firus tak kisah pun sebab memang cik firus tak nak main pun. Menakutkan je big ice cream tu. Nak main big ice cream tu kena cukup korum 4 orang. Cik firus juz tengok kawan2 cik firus main. Lepas tu kitorang main family raft ride. Nak main benda alah tu kitorang kena panjat banyak anak tangga. Sampai je kat atas ada pelampung bulat yang besar. Mainan ni limit 4 orang je sekali naik pelampung besar tu. Tetiba cik firus rasa tak confident pulak nak main benda alah ni. 2 orang kawan cik firus dengan lagi 2 orang luar dah selamat slide ke bawah. Tinggal lah cik firus dengan lagi 2 orang kawan. Kitorang siap bertekak lagi dengan abang yang jaga mainan ni sebab tak berani nak slide ke bawah. Lama jugak kitorang kat atas tu. Orang yang naik lepas kitorang naik pun dah slide dulu dah. Takpe kitorang tunggu lagi orang. Last2 memang dah takde orang lain yang naik. Tinggal kitorang bertiga je kat atas tu. At last cik firus dapat kekuatan tuk slide bila abang tu cakap dia pun akan turun sekali. Cik firus memang tak berani main benda tinggi camni kalo takde orang lelaki. Bila ada orang lelaki even sorang je cik firus baru akan rasa berani. Bila dah masuk dalam pelampung besar tu cik firus pegang kuat2 takut nanti terlepas. Ok slide pun bermula..boleh pulak abang tu tolak pelampung tu laju2 & berdiri kat atas pelampung tu. Cik firus memang dah takut giler tapi last2 rasa seronok. Abang tu steady je..yela dia kan memang ngadap benda alah ni hari2. Dah sampai bawah tu cik firus rasa selamat giler. Tetiba rasa cam nak naik lagi sekali. Cik firus ajak kawan cik firus then kitorang pun naik lagi sekali. Sampai je atas abang tadi senyum mengejek tapi cik firus buat muka seposen je. Kalo buat muka takut makin galak abang tu sakat. Lepas main benda alah tu 2 round kitorang pegi tempat lain pulak sebab tak larat nak panjat anak tangga yang banyak tu. Lepas tu 2 orang kawan cik firus main inner tube slides. Cik firus & lagi 2 orang kawan juz tengok sambil berendam dalam air & snap gambar. Kejap je berendam dalam tu. Kitorang sambung berendam dalam lazy river pulak. Best giler sebab ada orang tolong tolakkan pelampung..huhuhu. Dah abes kitorang jelajah lazy river kitorang pegi wave pool pulak. Kitorang duk dalam tu sampai tempat tu tutup. Tengah syok2 kitorang berendam dalam pool tu tetibe dengar orang tiup wisel. Kitorang pun pandang arah bunyi wisel tu..sekali orang yang tiup wisel tu abang yang jaga family raft ride tu. Memang dia saja nak sakat kitorang. Dah tu tak abes2 senyum mengejek. Lantak ko lah bang kitorang nak berendam dalam pool ni. Best giler berendam dalam pool ni. Bila dah abes berendam tu kitorang pun pegi mandi kat bilik air yang tersedia sebab nak bilas balik air yang kitorang main tadi. Then bersiap-siap tuk ke cowboy town pulak malam tu.

 A Famosa Entrance

 kawan cik firus tengah redeem tiket kat kaunter

 yeay dah dapat pass masuk

muka penat lepas main air

Ok now time go to cowboy town..tak larat dah nak taip so biarlah gambar berbicara









Show dah abes..kitorang pun dah penat + mengantuk + lapar..keluar je dari A Famosa terus cari kedai makan yang paling dekat dengan homestay. Even makanan kat kedai tak sedap tapi kitorang makan jugak sebab dah lapar tahap tak hengat. Sampai je homestay terus tido. 

Kita sambung citer jalan2 kat johor next entry pulak yer..cik firus dah mengatuk ni. Jari pun dah penat sebab menaip banyak sangat..ok nite semua..happy weekend :)