: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Friday, January 28, 2011

.: BeRcUti :.


hai uollss
malam ni cik firus akan fly balik my hometown iaitu TERENGGANU tercinta :p
cik firus cuti mid sem + CNY
cik firus cuti 29/01/2011 - 06/02/2011
sepanjang cuti ni cik firus tak dapat nak update blog & fb sebab kat rumah takde tenet
buta IT jap cik firus sepanjang cuti nanti
sempena balik cuti ni lecturer cik firus dengan baik hatinya bagi "hadiah" kat student dorang iaitu HOMEWORK!!!
 setiap subjek lecturer bagi homework
**SANGAT bagi homework**
dengan "berbesar hatinya" cik firus terima jela "hadiah" yang lecturer bagi
dalam bagasi yang tak brape nak besar tu penuh dengan buku je



cik firus nak ucapkan selamat bercuti kepada my housemates iaitu cik deeyaa, cik lin, cik ana, cik ecah, cik arly n cik yaa
jangan lupa siapkan homework yer sayang2ku :)

Thursday, January 27, 2011

.: MaCaM-MaCaM :.

hai uollss
rindu cik firus tak??
mesti rindu kan?? kan?? kan??
kalo tak rindu pun buat2 la rindu
tadi cik firus ada 2 quiz
satu quiz law and lagi satu quiz marketing
quiz law kul 12 and quiz marketing kul 3
nasib baek la boleh jugak jawab sume quiz tu sebab cik firus tak sempat nak study
nak2 pulak 2 3 ari ni cik firus kena flu
ari ni makin menjadi-jadi pulak flu
kalo ikut kan badan yang penat dan tak larat malas da nak pegi class
kuatkan semangat jugak tuk pegi class ari ni sebab ada quiz


pagi tadi cik firus dilema kejap
sebabnyer kawan2 cik firus sume nak balik hometown masing2 esok malam
cik firus start cuti mid sem ari sabtu ni seminggu
pandai kan UiTM buat cuti kitaorang..skali dengan CNY
UiTM ni saje je tak nak bagi kitaorang cuti 2 3 kali
ekceli cik firus da beli tiket tuk balik 29hb ni tapi cik deeyaa ajak cik firus tukar tiket tuk balik esok malam
cik firus pun call la akak kaunter tiket tu
tanya la boleh tak nak tukar tiket..nak cepat kan tarikh
akak tu cakap boleh tapi kena bayar la lagi RM5
cik firus dalam dilema la pulak sebab tak sure tiket ada lagi ke tak tuk esok malam kalo pegi tukar petang
yela sume nak balik kan
pikir nak pegi tukar tiket ke tak
last2 cik firus make decision tuk pegi tukar tiket lepas abes class
redha jela time pegi terminal tuk tukar tiket tu
hopefully ada lagi tiket tuk cik firus
sesampai je kat Hentian Putra cik firus menonong je ke kaunter tiket EKSPRESS TASIK KENYIR
then tanya akak kaunter tu ada lagi tak tiket tuk esok malam
akak tu cakap ada
cik firus pun gitau nak tukar tiket
akak kaunter cakap boleh tapi kena bayar RM5
cik firus pun bagi balik tiket yang beli ari tu
then dapat la tiket tuk esok malam
tu pun seat belakang..no 33
alhamdulillah dapat gak tiket tuk esok malam :)


btw masa cik firus jalan kaki kat stesen lrt pwtc tuk ke Hentian Putra cik firus ternampak otai blogger iaitu BEN ASHAARI
siap lalu bersebelahan lagi
tu pun kalo cik firus tak salah orang la kan
tapi rasa cam betol da tu BEN ASHAARI
terkaku jap cik firus
nak senyum pun terbantut sebab tengok muka en. ben cam siyes je
lagi pun bukan en. ben kenal cik firus pun kalo senyum kan :)


one more thing happened ari ni
nak tau apa???
setelah hampir 3 tahun hidup di KL ari ni cik deeyaa n cik lin terlajak stesen
petang tadi kan cik firus n cik deeyaa nak pegi tukar tiket n cik lin baru nak beli tiket
kitaorang gerak la sama2 tapi cik firus turun kat PWTC sebab nak ke Hentian Putra
cik deeyaa n cik lin pulak turun kat TITIWANGSA nak ke Pekeliling sebab dorang warga pahang..cik firus pulak warga Terengganu..so kitaorang terpisah
sampai pwtc cik firus turun dulu lepas tu baru cik deeyaa n cik lin turun
tengoh syok jalan kaki ni tetibe cik deeyaa sms gitau dorang terlajak stesen
cik firus tanya la kenapa
then cik deeyaa gitau dye sebok dengar mp3 n cik lin pulak sebok bersms
dua2 sebok sampai tak prasan da sampai kat stesen dorang
time cik deeyaa prasan dorang da sampai dan2 pintu tren tertutup
cian kat dorang kena turun kat next stesen
tergelak sorang2 cik firus tadi
so moral of the story is jangan terlalu leka yer wahai sayang2ku :p


ermm macam da panjang sangat je n3 kali ni
cukup la kan
eh lupa lak nak gitau sepanjang cuti seminggu nanti cik firus tak dapat on9 sebab takde tenet kat rumah
so tak dapat la nak update my luvly blog n fb :(
sekian sahaja n3 yang panjang ni :p

Wednesday, January 26, 2011

.: T0LoNg BaGiTaU :.

kepada pemenang2 GA cik firus sila inform hadiah yang cik firus pos tu da sampai ke belom???
cik firus juz nak tau condition coklat tu je camne
mane la tau kot2 coklat tu cair ke ape ke
kalo condition coklat tu ok takpe la
takot coklat tu cair tak sedap la pulak nak makan
harap2 condition coklat tu ok supaya pemenang2 GA cik firus hepy bila terima hadiah tu nanti
bila da makan coklat tu komen la kat cik firus coklat tu sedap ke tak
lastly nak pesan lagi skali TOLONG INFORM CIK FIRUS BILA DA DAPAT HADIAH TU YER :p
tak kira la inform kat mane2 pun
kat entry ke kat shoutbox ke as long as kat blog cik firus
ok la cik firus nak study pulak ni sebab esok ada 2 quizes
doakan cik firus dapat jawab yer :)

.: COLOURFUL CONTEST :.

hai sume
cik firus join contest kat bawah ni


tuk join contest ni kena tepek pic yang colourful
pic kat bawah ni cik firus tepek tuk contest ni


amacam pic ni??
colourful tak??
harap2 pic ni da cukup colourful n memuaskan hati tuan juri

"HIDUP INI COLOURFUL KERANA KAT DUNIA NI BANYAK COLOUR SO COLOURFUL LAH JADINYA :)"

closing date : 14 february 2011

klik SINI tuk join 

Tuesday, January 25, 2011

.: Alya and Daddy 2011 Birthday Giveaway :.


syarat2 sempoi:

1. Be my follower - bengelina and alyazahracontest -DONE-

3. Be my friend @FB -DONE-

4. Tinggalkan komen kt entry ni - 
" Happy Birthday to Alya and Daddy" 

dlm komen... sila la letak email add and FB yer
-DONE-


hadiah???

RM30 dan RM20



CLOSING DATE : 26/1/2011klik banner tuk join

Saturday, January 22, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

ok tak tengah2 malam nak join contest??
ahh tak kira nak join jugak :p
cik firus nak join CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !


pic yang dipertaruhkan seperti di bawah yer

pic ni time bulan pose tahun 2010
time ni kiteorang lepas bukak pose ramai2 seramai 15 orang kat Chicken Rice Shop Berjaya Times Square
dalam pic ni ada 12 orang je..lagi 3 orang da pegi tempat laen
whatever it is kiteorang tetap cool..siap dengan balloon Chicken Rice Shop skali
betapa coolnyer kiteorang support Chicken Rice Shop :)

kalau cik firus menang, cik firus nak novel, coklat & teddybear
i luv them so much..muaxxxx

cik firus tag :
YADAM
MISZLULLABY
MAMA ZHARFAN
ZAI KULIM
BARDBOO

CLOSING DATE : 1/3/2011

sesape yang laen nak join boleh klik SINI

Friday, January 21, 2011

.: DaH PoS HaDiaH :.

hai sume
petang tadi cik firus pegi JJ Maluri dengan cik lin iaitu housemate cik firus
cik firus pegi JJ tu bukan saje2 tapi bersebab
kalo takde sebab takde maknanya nak pegi sana
da la sekarang tengah kering
cik firus pegi JJ sebab nak pegi pos hadiah tuk pemenang2 GA cik firus
cik lin pulak nak mencari novel kat MPH
sampai je JJ terus ke post office sebab takot post office tutup
sampai je depan post office terkejut cik firus sebab ramai sangat orang kat dalam tu
kat kaunter nak beli setem pun ramai gak orang
terpaksa la beratur..redha jela
at last settle gak urusan pos hadiah
kepada pemenang2 GA cik firus nantikan hadiah korang yer
harap2 tak cair la coklat kat dalam tu :)
ni bukti cik firus da pos hadiah tu yer


.: CuTi :.

sukanya cik firus semalam sebab cuti sehari..takyah pegi class..hehehe
best kan orang laen yang sambut taipusam kita skali boleh cuti
bila da cuti ni apa lagi bangun lambat jela keje cik firus..hehehe
skali sekala apa salahnya kan bangun lambat ;)
bangun je terus mandi 
then bersiap2 tuk pegi beli barang dapur sikit tuk masak lunch
balik beli barang terus masuk dapur
semalam cik firus berduet masak dengan deeyaa dayah
cik firus masak sardin..sardin tu cik firus modified sikit :P
deeyaa pulak goreng sayur
da siap masak ape lagi terus makan
perut sume orang dalam rumah ni da bunyi lagu rock da
sume wat hal masing2 lepas siap makan..huhuhu
mentang2 la cuti ngadap lappy je keje cik firus semalam
bukan ape nak sambung tengok citer korea tajuk YOU'RE BEAUTIFUL
hero citer tu mirip dengan SYAMSUL YUSOF..siyes sama muka dorang
tak caya tengok pic ni




sama kan muka dorang??
kalo tak caya lagi korang tengok la sendiri cerita tu
memang tak rugi kalo korang tengok cerita tu
nak2 pulak yang hantu cerita korea cam cik firus ni


malam pulak skali lagi cik firus berduet masak dengan deeyaa
tuk dinner pulak cik firus wat nasi goreng je
lepas tu goreng keropok
deeyaa pulak wat sup
baru la rasa nikmat masak sendiri walaupun tak sehebat chef wan
dari sekarang la kena practice masak kan
takkan esok nak kawen baru hari ni nak blaja masak
dulu along cik firus penah tanya "bila ko nak pandai masak ni? nanti takde orang nak kawen dengan ko."
cik firus slalu jawab camni "ala rilex la bukan nak kawen sekarang pun..susah2 sangat kawen je dengan orang kaya boleh ambik orang gaji."
along balas balik "yela tu..tu pun kalo ade orang kaya yang nak kat ko."
cik firus wat dunno je dengan kata2 along dulu
sekarang baru cik firus tau betapa nikmatnya memasak
rupa2nya best jugak memasak ni
sekarang pun along da puji sikit2 sebab da pandai masak 2 3 masakan kalo nak compare kan dengan dulu yang langsung buta memasak :p


sekian sahaja entry tuk aktiviti semalam :) 

Tuesday, January 18, 2011

.: SoRy :( :.

cik firus nak mintak maaf sangat2 kepada semua pemenang GA cik firus sebab cik firus belum pos hadiah korang
minggu ni n minggu depan adalah minggu quiz so cik firus quite busy
hadiah sume da get ready tuk pos tapi takde masa lagi nak pegi pos
free nanti cik firus pos yer..dun worry
sory yer wahai pemenang2ku

Thursday, January 13, 2011

.: TeRjUmPa :.

hari tu kan cik firus pegi JJ Maluri dengan yadam sebab yadam nak beli barang keperluan 
then kiteorang masuk watson 
guess what??
cik firus terjumpa barang yang da lame dicari
at last hari tu jumpa gak

ni dia benda alah tu
TSUBAKI shampoo and conditioner
set ni tuk damage care and from Japan
cik firus penah guna shampoo and conditioner ni beberapa tahun lepas time along cik firus belayar ke Japan
sekarang ni along da tak belayar so no shampoo la
best jugak la pakai shampoo brand ni
mask hair dalam bekas bulat tu tak penah guna lagi
da jumpa benda alah ni kan excited pulak nak  beli tapi duit pulak takde
tensen betol kalo tak dapat beli apa yang cik firus nak
lepas shampoo along beli tu abes cik firus penah gak usha kat KLCC tapi takde pun
tak tau la kot2 cik firus yang tak jumpe tapi cik firus tanya promoter kat sana promoter tu wat muka blur then dia cakap shampoo brand ni takde..make up je ade
takpe duit cik firus masuk nanti nak pegi watson balik nak beli shampoo ni

rupanya shampoo ni ade gak set tuk shining
botol dia color merah
tengok pic kat bawah ni


p/s : korang penah pakai tak shampoo brand ni?? kalo penah share la pengalaman pakai shampoo ni dengan cik firus :)

Wednesday, January 12, 2011

.: AwaRd PeNgHaRgAaN :.

selamat malam
ekceli cik firus ade homework nak kena buat ni tapi nak tulis gak n3 ni
hari tu cik firus dapat award penghargaan sebab join 1 GA
tuan punya GA bagi award penghargaan kepada sume peserta yang tidak menang
salah seorangnya adalah cik firus
sedih tak menang tapi takpe sebab kita join kan tuk suka2 je
kalo menang opkos la hepy kan
jom kita tengok award yang cik firus dapat


.: PeNgUmUmAn PeNtInG!! :.

hai sume
cik firus nak wat pengumuman penting ni
kepada pemenang GA cik firus sila bagi details korang yer
kepada sis 'Nureen' sila bagi details
kalo takde respon cik firus akan membuat cabutan yang baru bagi menggantikan tempat anda
so cepat2 yer bagi details
insyaallah cik firus akan pos hadiah kepada pemenang pada hari ahad nanti kerana yadam akan hantar stock coklat pada hari sabtu nanti :)
nantikan coklat anda wahai pemenang GA ku :) 

Tuesday, January 11, 2011

.: 11111 :.

11111
cantik kan tarikh hari ni??
hari ni merupakan birthday 3 orang insan yang cik firus kenal

insan pertama adalah
Along cik firus
HAPPY 26th BIRTHDAY ALONG :)
i have no money to give a present for u
wish u happy owez..may god bless u and dapat apa yang dihajati

insan ke-2 adalah
Dato' Siti Nurhaliza
HAPPY 32nd BIRTHDAY DATO' SITI NURHALIZA
sape yang tak kenal dengan artis terkenal tanah air yang sorang ni
budak kecik pun kenal
cik firus salah seorang peminat Dato' Siti Nurhaliza
semoga Dato' Siti Nurhaliza hepy2 selalu dan dimurahkan rezeki :)

insan yang terakhir adalah
Miszlullaby
HAPPY 24th BIRTHDAY MISZLULLABY
Miszlullaby ni adalah seorang student medic yang bakal menjadi seorang doktor cute miut dalam masa beberapa bulan lagi
Miszlullaby atau lebih mesra dipanggil ML adalah salah seorang blogger seperti cik firus
cik firus suke sangat baca blog ML
macam2 boleh tau kat blog ML
kalo nak tau bace sendiri kt SINI yer :)
cik firus doakan ML dapat jawab final exam dengan jayanya nanti supaya cepat2 balik malaysia and jadi doktor :)


HAPPY BIRTHDAY TO ALL OF U..muaxxxx

Monday, January 10, 2011

.: FrUsTaTed :.

hai sume
camne hari korang hari ni??
harap2 ok je
hari ni adalah hari yang menyedihkan + frustated bagi cik firus

ape yang sedih???
biarlah cik firus sorang je yang tau apa sebabnya
2 3 benda cik firus buat hari ni tak ikut step
jadi terbalik sume
ntah pape je
da la balik class tadi dalam hujan
abes lencun baju
menggigil kena hujan
tu la sape suruh balik dalam hujan..padan muke!!
tapi kalo orang tengah jiwa kacau memang suke mandi hujan ke???
pape jela
sekian sahaja luahan hati cik firus yang jiwa kacau ni

Sunday, January 9, 2011

.: sHoPpiNg @ PaSaR MaLaM :.

Hai uolls
petang tadi cik firus pegi pasar malam kat belakang rumah cik firus ni
mula2 nak pegi kul 6 tapi last2 pegi 6.30
eh 6.30 da kira malam ke padahal still petang
kita tukar jadi pasar petang la yer..hehehe..suke hati cik firus je tukar jadi pasar petang ^__^
da sampai pasar malam tu macam2 nak beli
hari ni pulak banyak betol barang yang memikat hati cik firus
kalo ikutkan hati cik firus nak beli sume barang yang memikat hati tu tapi i've to control myself sebab sekarang cik firus kena bajet sikit..sedihhhh :(
bajet2 pun sempat gak cik firus rembat 2 3 barang
jom layan apa yang cik firus rembat


white flat crocs shoes
cik firus suka dengan design kasut ni ala2 sporty
one more thing cik firus suka kasut ni sebab color putih
color putih one of my peberet color selain daripada color biru firus :)
ekceli cik firus suka kasut yang design laen
yang ada corak hello kitty..corak hello kitty tu size paling besar size 3
tak muat dengan cik firus..ketat sikit..frust betol
memang la size 3 yang paling besar sebab tu kasut budak..hehehe

dis is my new perfume BVLGARI
suka perfume ni sebab bau dia lembut je..bau macam bedak :)
lagi pun color perfume tu cik firus suka
cik firus nak perfume ESCADA Incredible Me tapi takde pulak


 perfume Paris Hilton HEIRESS ni pulak yadam punya
bau perfume ni pun best jugak


cik firus tertarik dengan ayat kat belakang kotak perfume yadam
cuba tengok pic kat bawah ni
amacam ayat dia?? best tak??

yang ni pun cik firus punya..hehehe


sekian sahaja hasil rembatan cik firus di pasar malam :)

Saturday, January 8, 2011

.: BuDaK KeCiK JaLan2 @ Jj :.

hai hai hai
sepatutnyer n3 ni da lame kena publish tapi cik firus agak bz so hari ni baru la nak publish
saje nak share story pasal budak kecik
sape2 yang bace n3 sebelum mesti da tau sape budak kecik
27/12/2010 hari tu kan cik firus bertolak balik ke KL
sampai KL pun da petang so tak pegi jalan mane2 la sebab penat
esoknya 28/12/2010 baru la kuar jalan2
jalan2 ke JJ Maluri je sebab paling dekat dengan rumah cik firus
naek LRT bayar 70sen je..seminit je da sampai
tujuan utama pegi JJ sebab budak kecik nak beli buku cerita
da janji kan so kena bawak lah
sejak budak kecik pandai membaca ni suka betol budak kecik baca buku cerita
kiteorang kuar dari rumah pun da tengahari sebab cik firus bangun lambat..hehehe..penat + mengantuk :)
cik firus berharap kat JJ ade la pokok krismas
sampai je JJ terus tercari-cari pokok krismas tapi hampeh betul pokok krismas takde
cik firus suke tengok pokok krismas sebab cantik
 kaki pun melangkah ke level atas
budak kecik ape lagi ajak la pegi kat tempat budak2 bermain tu
macam2 game ade kat dalam tu
nak maen game kat situ kena beli token dulu tapi cik firus tak beli pun
budak kecik tak kisah..dia maen camtu je..tanpa token
terkejar-kejar cik firus ikut budak kecik ke sana ke sini
takkan nak biar budak kecik maen sorang2..no no no
cik firus takkan biar budak kecik maen sorang2 sebab tempat tu agak besar
da la sekarang memang banyak kes culik budak dalam shopping complex
dalam terkejar-kejar pun sempat gak cik firus snap 2 3 keping pic budak kecik
layannnnnnnn....zassssssssssssssssss



ade lagi 2 3 keping pic budak kecik tengah maen tapi cik firus tak nak la letak banyak2..nanti lambat loading

budak kecik tak puas lagi maen tapi cik firus da tak larat nak kejar dia so cik firus umpan dia ajak pegi kedai buku terus stop maen
nasib baek umpan menjadi
kaki kiteorang pun terus menuju ke arah MPH sambil mata melilau keadaan sekeliling
melilau punya melilau terpandang la something
nak tau ape dia??
jeng jeng jeng

alamak besarnya kepala budak kecik!!
eh tu kepala pucca la
mane kepala budak kecik??
cari la kalo jumpe

lepas tu kiteorang meneruskan perjalanan
jalan punya jalan sampai la kat MPH
ayat takleh blah bunyi cam jauh je jalan padahal dekat je..huhuhu
budak kecik memang teruja bila masuk kedai buku sebab macam2 jenis buku ade kat dalam tu
start la pencarian buku tuk budak kecik
banyak la pulak buku budak kecik berkenan
sume dia nak beli
last2 setelah dipertimbangkan dan diambil kira sebab yang munasabah oleh puan juri iaitu mama maka 4 buah buku dibeli tuk budak kecik
cik firus tahan je nafsu beli novel sebab duit tak masuk lagi time tu
da la novel baru2 berlambak-lambak..sabar jela
masa nak kuar dari MPH perasan ade pokok krismas kat situ
sempat snap pic budak kecik kat pokok krismas


kuar je dari MPH budak kecik merengek-rengek cakap lapar
bukan lapar sangat sebenarnya tapi tak sabar2 nak pegi KFC sebab awal2 tadi mama da bagi green light
pujuk2 budak kecik cakap nak beli baju tuk dia
skali lagi umpan terkena
tengah syok2 pilih baju skali lagi budak kecik merengek
kesian la pulak kan
then pegi bayar baju budak kecik dulu baru la turun bawah pegi KFC
sampai je KFC terus ceria muka budak kecik
cik firus pun pegi la order makanan


budak kecik makan nasi ayam
90% nasi ayam tu abes dimakan budak kecik
lagi 10% cik firus tolong abeskan


cik firus ambik Set Jom Jimat B
ade colonel burger, fries and pepsi


time nak makan tu baru cik firus perasan atas meja tu takde sos cili
cik firus pun mintak la dengan pekerja KFC tu
perkerja tu cakap sos ade kat depan
cik firus pun pegi la depan nak ambik sos
da sampai kat depan cik firus tercari-cari botol sos tapi tak nampak pun
then baru la perasan bekas sos tu
KFC sekarang da tak sediakan sos dalam botol
KFC buat macam McD
cik firus pun tak tau bila KFC buat camtu sebab da lame tak pegi KFC
tapi apa yang best kat KFC ni kita boleh ambik sos banyak2 sebab bekas dia besar
tengok pic kat bawah ni



da kenyang makan kiteorang pun balik
tak boleh lame2 sangat kat JJ sebab nak tengok Putera Katak :)


ni la hasil kutipan budak kecik
4 buah buku + 2 helai t-shirt
t-shirt baru budak kecik pakai tu :)