: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Wednesday, June 11, 2014

:: Contact Lens ::

Assalamualaikum..

Morning uolls..pagi2 ni b4 start office hour kita update blog dulu yer. Wahh semangat gitu cik firus pagi2 da update blog.


Ok kali ni cik firus nak citer pasal contact lens. Sekarang ni cik firus tengok ramai sangat2 yang pakai contact lens. Da jadi trend da. Kalo dulu orang yang rabun (macam cik firus ni) je pakai contact lens kalo tak nak pakai spek. Tapi sekarang rabun ke tak rabun sume pakai contact lens.

Tak salah nak pakai contact lens tapi kena hati-hati la. Sekarang kan banyak jual contact lens. Kat mana2 je bersepah jual contact lens. Kat kedai biasa pun ada jual contact lens. Online pun banyak jugak jual. Kalo dulu kat kedai optik je ada jual contact lens.

Cik firus memang tak berani nak beli kat kedai biasa or online. Cik firus beli contact lens kat kedai optik je. Tambah2 pulak dengan macam2 brand yang tak well known. Bukan apa kalo kita tersalah beli nanti effect kat mata kita. Mata tu penting tau tak?? Korang tak sayang mata ke??

Sume orang tau kan contact lens ni ada expired dia. Bukan beli sekali lepas tu boleh pakai sampai bila-bila. Bila da expired kena buang n pakai yang baru. Kalo still pakai yang da expired nanti ada effect jangkitan kuman pulak sebab mata kita sangat sensitive. Dari start cik firus pakai contact lens sampai sekarang setiap kali cik firus pegi kedai optik yang berbeza cik firus akan tanya bape lama contact lens tu boleh pakai. Dulu tempoh dia ada yang sebulan, 3 bulan n 6 bulan tapi sekarang mostly kedai optik jual yang sebulan je. Bukan sebab dorang nak untung nak suh kita beli tiap2 bulan tapi sebab untuk kebaikan mata kita.

Seelok-eloknya pakai contact lens yang sebulan je untuk elakkan effect yang teruk pada mata kita. Kalo pakai yang lebih sebulan sebenarnya tak bagus untuk mata. Sebab tu ada jugak contact lens yang daily tapi jenuh membeli la kalo pakai yang daily tu.

Cik firus pelik dengan orang yang pakai contact lens lebih tempoh ni. Katanya contact lens yang dipakai boleh tahan lama. Tak sayang mata agaknya dorang ni. Da la pakai yang tahan lama lepas tu kebersihan tangan n jari tak jaga betol2. Tak takot jangkitan kuman ke?? Sepanjang cik firus beli contact lens memang tak disyorkan tuk pakai yang lama punya. Lagi pun kedai optik memang tak jual tuk tempoh yang lama sebab tak elok tuk consumer. Ada la satu brand B ni yang jual kat kedai optik yang tahan tuk 3 bulan tapi tak digalakkan la. Memang cik firus tak penah beli brand B tu sebab cik firus sayang mata. Brand cik firus biasa pakai BAUSCH & LOMB, FRESHLOOK n FRESHKON.

So pada sape2 yang nak pakai contact lens tu sila la beli kat kedai optik n brand yang bagus. Jangan beli brand yang ntah apa2 janji cantik tanpa pikir kebaikan n effect buruk pada mata. Pikirkan pasal mata yer sebab mata tu sangat penting. Kalo mata tu da tak boleh pakai baru la nak menyesal tak sudah.