: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, December 9, 2013

:: Short Vacation To Melaka & Johor Part 2 ::

Assalamualaikum..

Selamat hari isnin semua..cik firus nak curi masa jap tuk sambung update pasal vacation kat melaka & johor part 2 pulak.

Ok dah penat seharian jalan-jalan kat A Famosa tu balik tu memang tido jela. Esoknya pagi-pagi kitorang dah bersiap sebab kawan cik firus tu ajak pegi johor lah pulak. Planning asal pagi tu nak jalan-jalan kat bandar melaka tu tapi dah kawan cik firus ni meroyan ajak pegi johor so kitorang ikut kan jela..yela dah dia yang drive kan. Kitorang punya lah bersiap cepat-cepat tapi orang yang nak bawak kitorang tu tengah sedap berdengkur lagi. Adoiii sabar je lah dengan dia sorang ni.


Cik firus macam biasa lah sementara tunggu orang bersiap tunggu orang bekpes durian cik firus duk posing dulu dengan sorang kawan. Cik firus dengan sorang kawan ni memang tak makan durian..hehe. Dah siap semua kitorang terus gerak ke johor. Sebenarnya pegi johor pun sebab ada kenduri kawen kawan kepada kawan cik firus. Perkara yang paling tak best adalah kitorang terpaksa pakai baju kurung yang sama sebab tak tau pulak ada 2 kenduri kawen. Kalo korang perasan baju kurung cik firus pakai tu sama je juz tukar tudung. Sangat tak berpuas hati sebab terpaksa pakai baju sama. Korang jangan ingat kitorang pakai baju busuk tau..Kitorang dah basuh siap-siap tau baju tu. Dalam perjalanan nak keluar dari melaka kitorang singgah dulu kedai kat tepi jalan tuk beli ole-ole menandakan kitorang dah sampai melaka. Cik firus ni dah bape kali dah pegi melaka tapi tak penah pun nak beli tshirt melaka. So that time memang cik firus dah nekad nak beli jugak tshirt melaka. Akhirnya dapat jugak cik firus beli. Kalo ikut hati memang banyak benda nak beli tapi malangnya time tu cash kat tangan tak banyak..so sad.

Dah keluar dari melaka kitorang singgah R&R tuk bekpes. Kalo tak salah R&R Pagoh. Dah siap bekpes kitorang teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju iaitu kota tinggi. Sampai je kat kenduri kawen memang agak malu sebab kitorang tak kenal sape-sape kat sana. Lepas lepak kat rumah pengantin dalam 1 2 jam kitorang pegi ronda-ronda kat JB kejap b4 balik KL. 

 kat atas bukit tu VILLA NABILA yang sangat famous amos tu..first time cik firus tengok dengan mata sendiri secara live even tengok dari jauh

 yeay dah sampai danga bay..beria excited pulak padahal duk dalam kereta je

ok sekarang kita masuk wilayah iskandar pulak..time cik firus masuk kat dalam sana tu ada event apa ntah and kitorang selisih dengan kereta TMJ..tak sempat nak snap kereta TMJ yang smart tu sebab kereta tengah gerak kan



dis is legoland..tengok dari dalam kereta je..next time lah masuk dalam legoland tu pun kalo ada bajet lebih

Lepas round JB kitorang terus gerak balik KL. Kitorang dinner kat KFC restoran jejantas. Bengang pulak dengan kfc ni sebab sampai sudah cik firus punya burger dorang tak anta kat meja. Dah nak balik cik firus pegi mintak kat kaunter. Dah sampai senawang tu boleh pulak jalan jammed gila-gila..Last2 decide tuk masuk LEKAS. Kitorang sampai rumah pukul 1.00 pagi..penat gila badan even tak drive..yela duduk je dalam kereta memang penat lah.

So tu aje lah kisah short vacation kitorang..even short kitorang still enjoy that vacation.