: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, December 15, 2014

:: Lintas Langsung ::

Assalamualaikum.. Lintas langsung dari phone..saje test. hihi

Monday, December 1, 2014

:: 1st December Yang Stress ::

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk bulan decembèr. Cik firus tengok sume orang duk update welcome december. Happy bebenor dorang yer. Me?? I'm totally not happy because pagi2 tren dah buat hal. Tren delay lagi.

Sampai je atas kat tempat menunggu tu orang ramai giler..nak jalan pun susah. Cik firus & adik memang dah decided tak nak ke gombak takot lambat macam hari tu tapi kitorang naik jugak tren yang sampai bila dengar polis bantuan cakap ke kelana jaya. Tapi hampeh jugak tren gerak ke gombak. Redha jela jawabnya. Takpe la at least takde la nak berhimpit-himpit bila masuk tren lambat. Memang sakit hati sangat sebab jarak masa untuk buat annoucement lama. Dah buat announcement tu suara pulak tergagap-gagap plus tak clear.

Kesimpulannya cik firus sampai ofis hari ni pukul 9.30. Lewat sejam dari biasa. Ofismate cik firus sorang sampai pukul 10 lebih & lagi sorang pukul 11 lebih. TERBAIKKKKKKKKKKK!!!! SYABAS RAPID KL UNTUK HARI NI!!!!