: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, November 6, 2017

:: Cendol Warisan Kak Aini ::

Assalamualaikum..

Sekarang ni dah jadi aktiviti wajib cik firus & adik time weekend pergi makan cendol. Kenapa jadi aktiviti wajib?? Sebab kedai cendol tu dekat dengan rumah kitorang je.


Ni la kedainya. Biasa je kedai dia. Takpe lah biasa pun asal makanan sedap & kedai bersih dah ok dah. Sesiapa yang nak try cendol kat sini boleh waze je Warisan Kak Aini terus waze bawak sampai sini. InshaAllah tak sesat. Kedai ni kat Wangsa Maju Seksyen 1. Boleh refer banner kat dalam gambar kat atas ni.


Yang ni cik firus order cendol biasa. Harga dia RM3. Selain dari tu ada jugak cendol pulut, cendol durian, cendol pulut durian, cendol pulut mangga. Ni antara menu cendol yang cik firus ingat. Banyak lagi menu lain. Bab makanan pulak ada rojak, laksa, pulut mangga. Cik firus mention menu yang ingat je tau.

Nak tau lagi details sila datang sendiri ke kedai ni yer. Kedai ni bukak Selasa sampai Ahad. Isnin tutup. Waktu bukak pulak 11.00 pagi sampai petang. Biasa dorang tutup kedai dalam 6.00 - 6.30 petang camtu. Enjoy your cendol guys.

**UPDATE**
Warisan Kak Aini dah pindah ke Wangsa Maju Seksyen 2