: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Friday, March 4, 2016

:: Kunming Trip ~ Day 2 ~ 020515 ::

Assalamualaikum..

Hari ni cik firus nak sambung entry pasal company trip last year. Kali ni nak story hari ke-2 kat Kunming pulak. Nak pesan awal2 entry ni sangat panjang. Bertabahlah korang kalo nak baca. Kalo nak baca story hari pertama kat Kunming boleh baca kat SINI.

Pagi2 lepas breakfast kitorang check-out dari hotel untuk gerak ke next destination. Mula tu frust jugak la sebab kena check-out dari hotel yang sangat best tapi redha jela.


Ok lets go to gua warna warni atau nama sebenar dia Jiuxiang Karst Cave. Siapa yang datang Kunming mesti pergi kat gua ni. Dalam gua cantik sebab ada lampu yang colorful. Macam2 la ada dalam gua ni. Nanti layan gambar dalam gua yang cik firus tepek yer.


Cik firus dah lupa berapa lama perjalanan dari Kunming nak ke gua tu. Rasanya macam lama jugak. Cik firus tahan mata dari tidur sebab nak tengok view yang cantik2 tapi terlelap jugak 2 3 kali. Gambar kat atas tu time lalu jambatan apa entah tapi kalo tak salah ni jambatan terpanjang kat sini. Kalo tak salah la sebab dah ingat2 lupa. Yela pergi tahun lepas tapi tahun ni baru nak story. Serius cantik sangat view time lalu atas jambatan ni.


Akhirnya sampai jugak tempat gua ni. Banyak2 gua kat Malaysia gua kat sini jugak nak masuk yer cik firus oiii. Sepatah pun cik firus tak paham apa tertulis kat signboard tu. Amboiii kemain senyum lebar lagi boss cik firus tu.


Ramai giler orang nak ambik gambar kat signboard ni. Ingatkan signboard apa rupanya signboard tunjuk drama femes amos yang shooting kat sini tapi cik firus tak tau drama apa..huhuhu



Ni la entrance dia. Kena beratur elok-elok yer tak boleh main serbu ikut kepala sendiri je. Kalo tak free2 je kena sound nanti. Tak nampak ke 2 3 orang yang jaga kat gate tu??


Dekat gate tu nanti dorang akan bagi mineral water sorang satu. Mineral water ni memang include sekali. Semua orang akan dapat tapi botol kecik jela. Ok la kan dari tak dapat langsung. Bila dah masuk sana memang korang akan perlukan air. Better bawak jugak air sendiri. Tempat ni besar ok. Masuk laluan lain keluar laluan lain. One more thing sila pakai sport shoes or flat shoes kalo tak nak kaki tu sakit.


Senyum je popo naik tandu.Popo ni mak boss cik firus. Sesape yang tak larat nak jalan jauh or warga emas boleh naik tandu ni. Rasanya free je ni.



Sebelum jumpa gua kitorang kena turun tangga ni. Please be extra careful kat sini sebab tangga kat sini curam, licin & some of tangga ada yang tak rata. Sebenarnya cik firus geram je nak hijack teddy si jackie tu. Cik firus syak jackie pun hijack anak dia punya..haha



Mind your head. Yes, memang kena "mind your head" sebab bila dah masuk dalam gua ni certain tempat tu rendah je. Kalo macam cik firus tak payah nak "mind your head" sangat sebab dah sedia ada rendah so no need to worry. First time in my life masuk gua. Baru tau camne keadaan fizikal sebenar gua ni. B4 this tengok gua dalam tv je.


Sempat berselfie dengan kak nurul. Kat sini laluan sempit tapi orang ramai so jammed tak boleh gerak. Tengok jela belakang kitorang pun ramai lagi tu.


Bila sampai sini cik firus dah excited sebab sebelum ni cik firus tengok ada blogger lain tunjuk tempat ni and now I'm here. Sebenarnya banyak lagi corak lain selain tapak kaki ni tapi gambar tak cantik jadi blur. Yela snap sambil berjalan memang blur la. Masa nak sampai sini cik firus nampak sorang perempuan cina ni selamba je masuk gua siap pakai heel lagi. Gigih betul dia jalan dalam gua ni pakai heel.


Kat sini pun ramai jugak orang ambik gambar batu ni. Batu ni macam orang tua & sekor kura-kura. Terus teringat atok dalam citer dragon ball tu.



 Cantik kan? Colorful je. 












 

Bergambar with our bosses berlatarbelakang air terjun berkembar.





Akhirnya keluar jugak dari gua yang sangat jauh perjalanan tu. Kejap naik tangga, kejap turun tangga, kejap berbukit, kejap rata. Lepak kat sini dulu sementara tunggu yang lain keluar dari gua.


Sila sengetkan kepala untuk tengok gambar ni. Orang lain ambik gambar tiket sebelum masuk cik firus lepas keluar gua. Sebenarnya lupa snap before masuk.


Sekarang kite nak naik cable car ni pulak untuk balik. Bak kata kak nurul ni bukan cable car ni buai berendoi..hahaha. Excited nak naik cable car ni. Nak naik cable car ni kite kena get ready berdiri kat tempat berdiri then terus duduk bila cable car sampai & tarik penghadang tu. Cable car ni memang tak berhenti. Sila duduk diam2 bila naik cable car ni karang tak pasal2 penghadang tu terangkat. Tak pasal2 jatuh tergolek dalam gaung tu nanti.




Enjoy sangat naik cable car ni. Boleh tengok nice view yang menghijau tapi panas sikit.


Dah sampai sini ada orang jaga & kena cepat2 turun dari cable car tu.


Part ni paling stress sebab cik firus tak tau dorang ada snap gambar dan hasilnya macam gambar kat atas tu. Kalo perasan ada kamera mesti cik firus dah senyum sampai telinga.


Next destination is Stone Forest. Sila layan gambar kat bawah.


Kena naik buggy nak ke entrance tapi bukan hantar betul2 depan entrance pun. Lepas tu kena jalan kaki pulak baru sampai entrance. Time ni panas tapi berangin so tak berpeluh.


Kat sini dorang letak gambar penduduk sini pakai pakaian traditional. Perempuan dorang panggil "ashema", lelaki "aheike". Tak tau la betul tak eja tu. Ashema maksudnya perempuan cantik & baik hati. Aheike maksudnya lelaki yang gagah perkasa lagi baik hati.


Kalo korang perasan kat gambar ashema tu dia pakai topi kan?? Kat topi tu pulak ada tanduk. Tanduk tu pun ada makna dia. Dua tanduk maksudnya still single mingle. Satu tanduk maksudnya dah bertunang. Takde tanduk maksudnya dah kawin.


Dah sampai entrance gate. Jom masuk!! 


Jom mulakan perjalanan kat tempat yang sangat luas ni.


Ni sorang lagi sangat gigih datang tempat macam ni pakai heels. Tak gigih sangat pun sebenarnya sebab lepas tu dia beli kasut kat kedai depan.


Rumah sape entah kat belakng tu. Lupa dah si jackie tu gitau.


Kat sini macam2 jenis bentuk batu yang ada. Tengok betul2 batu kat sini bentuk apa. Kalo betul korang teka mata korang memang tajam & kreatif.


Cik firus cakap ni kura-kura tapi sebenarnya hawk.


Feeling2 nak naik sampai atas pavilion tu tapi bila dah berjalan in group memang tak la jawabnya. Plus sebelum tu dah banyak berjalan.




Buaya.



Cubaan terbang entah kali ke berapa.









Badan macam siput tapi mulut macam buaya.




Katanya ni satu couple bercinta.


Sampai sini je gambar batu yang macam2 bentuk tu. Dan2 sampai sini bateri kamera terus gone. Lepas tu terus check-in hotel lain area situ. 

Kitorang check-in kat Yahong Hotel. Hotel ni ok la selesa untuk tidur tapi nak solat sempit takde ruang. Bila dah kat sini apps kompas kiblat buat hal pulak. Bercinta dulu baru tau mana satu arah kiblat. Tu pun atas bantuan kawan kak nurul. Whatsapp kawan kak nurul tanya camne cara nak tau arah kiblat tengok bayang-bayang. Kitorang memang dah lupa cara tu. Nak google sendiri memang tak boleh sebab kena block. Nasib baik whatsapp boleh. Thanks to kawan kak nurul siap lukis lagi camne cara tengok bayang-bayang. Lepas tu terus bersiap-siap untuk solat.






 Dah settle semua kitorang turun untuk pergi dinner kat kedai makan halal area situ tapi kena berjalan sikit la. Best jest berjalan sebab sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa je. So that all story untuk hari ke-2. Ada masa cik firus sambung untuk hari ke-3 pulak.