: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Tuesday, December 31, 2013

: : Outing With Family Last Weekend In 2013 Update Entry On The Last Day In 2013 : :

Assalamualaikum..

Selamat malam sume..ari ni merupakan ari terakhir untuk tahun 2013. So cik firus nak ambik kesempatan tuk update pada ari terakhir 2013 ni.

Ari jumaat lepas cik firus dapat call dari kazen cik firus yang umur 3 tahun. Biasa la budak2 zaman sekarang kecik2 da pandai guna phone. Kazen cik firus tanya bila nak datang umah dia. Petah betul kazen cik firus tu bercakap. Lama jugak la kitorang borak.

Cik firus terpikir jugak nak pegi umah kazen cik firus tu sebab ari kamis malam kazen cik firus yang sebaya dengan cik firus gitau dia ada kat umah kazen cik firus yang kecik tu. Ok cik firus decided tuk pegi umah kazen yang kecik tu sebab last jumpa dia pun raya haji aritu. Rindu sangat2 kat budak kecik tu. Tanya adik cik firus dia pun on jugak. Lepas balik keje terus pegi umah dia.

Ari sabtu tak pegi jalan mana2 sebab pakcik cik firus keje. Malam lepas maghrib baru kuar pegi pasar malam. Ingat nak pegi petang tapi budak kecik tu tido pulak. Sampai je pasar malam bukan pegi pasar malam terus tapi terjah kedai2 dekat pasar malam tu dulu. Bila pegi je pasar malam cam hampeh je sebab banyak makanan da abes. Tu la sape suruh pegi menyinggah tempat lain dulu. Da siap beli kitorang balik n menjamu selera then tido sebab esoknya nak pegi jalan2.

Esoknya bangun cam biasa. Pagi tu kitorang bekpes dulu kat umah. Makcik cik firus wat mee goreng. Lepas tu baru bersiap-siap nak kuar jalan2. Kitorang kuar umah dalam tengahari dah.


Ni memang aktiviti wajib cik firus n budak kecik ni. Bergambar dulu b4 pegi mana2. Tak pegi mana2 pun kitorang bergambar gak sebab kitorang memang pantang tengok camera..hehe. Destinasi kitorang adalah IKEA. Cik firus ajak makcik n pakcik cik firus makan meatball kat sana sebab cik firus da rindu giler2 nak makan meatball. Perjalanan kitorang nak ke IKEA ambik masa dalam setengah jam. Jalan pun tak jammed. Tapi budak kecik ni tido pulak dalam perjalanan tu. Sampai je IKEA da start stress sebab kereta banyak giler. Nak cari parking pun susah. Last2 dapat gak parking yang dekat dengan entrance n gate kuar.



Masuk je IKEA kitorang naik level atas. Jalan2 kat bilik pameran b4 sampai ke restaurant IKEA. Banyak giler barang cik firus berkenan tapi apakan daya pegi sana time belum gaji memang sengsara la. Dapat tengok je dengan hati yang sayu :(
Jalan punya jalan sampai la kitorang kat restaurant IKEA. Orang tak yah cakap memang fullhouse.

 Ni la makanan kitorang

 meatball n pasta ni adik cik firus punya

 mushroom soup order 2..satu tuk adik cik firus.lagi satu tuk budak kecik tu.

 Yihaaaaaaa dis is my meatball. cik firus rasa cam lain sikit cam tak sama rasa yang sebelum ni. Pakcik cik firus cakap meatball bakso lagi sedap..hahaha. Nasib baik pakcik cik firus order chicken wings.

Kek badam ni cik firus yang order. Memang da target nak beli kek daim tapi takde pulak. Ada kek badam je. Ermm takpe la kek badam pun kek badam la janji kek sebab memang teringin nak makan kek.

 Ok cik firus memang suka ganggu orang nak makan. Orang nak makan pun cik firus sempat lagi ajak bergambar..hihi

Siyesly cik firus memang langsung tak pasan bila adik cik firus snap gambar ni. Sedar2 je gambar ni da ada dalam phone dia.

Benda alah ni ada dalam toilet kat sana. Sebelum ni cik firus da penah tengok tapi tak pasan apa benda tu. Aritu terdetik nak tengok betul2 n baru tau apa benda tu sebenarnya :)

Ni muka kenyang kitorang..jom kita pegi shopping pulak.

Layan pulak gambar2 kitorang sementara menunggu pakcik makcik pilih barang.







Adik n kazen cik firus ralit duk main "ULAR"..cik firus memang tak join la sebab geli.




Layan budak kecik ni main benda alah ni sementara tunggu daddy dia simpan barang kat kereta


Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat dalam n luar THE CURVE. Sambil2 tu cuci mata skali. Macam2 ragam, macam2 fashion kitorang jumpa. Jom kita usha gambar lagi :)









Malam pun da menjelma badan pun da penat perut pun da kenyang so kitorang pun menuju ke arah kereta tuk balik. Otw balik umah pun budak kecik tu tido jugak. Yela da penat memang tido la sampai cik firus pun tido skali. Sampai umah baru cik firus terjaga. Budak kecik tu pulak da lama sampai umah baru terjaga.



Bila da terjaga memang susah la budak kecik nak tido balik. B4 masuk tido cik firus main dulu dengan budak kecik ni sebab esoknya da tak boleh main sebab da kena pegi keje n balik umah. Budak kecik ni suka sangat dapat whiteboard ni. Bukan setakat budak kecik ni, cik firus pun sama. Da lama tak jumpa whiteboard ni. Last jumpa beberapa tahun lepas time study..huhu. Cik firus pun main conteng2 gak kat whiteboard tu. Sambil2 tu ajar budak kecik ni menulis. Cik firus really enjoy n have fun on that day. Btw selamat tinggal 2013 yang penuh dengan ssegala kenangan, selamat datang 2014. Semoga hidup cik firus lebih baik pada tahun 2014 dari tahun 2013..aminnnnn :)