: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, November 6, 2017

:: Cendol Warisan Kak Aini ::

Assalamualaikum..

Sekarang ni dah jadi aktiviti wajib cik firus & adik time weekend pergi makan cendol. Kenapa jadi aktiviti wajib?? Sebab kedai cendol tu dekat dengan rumah kitorang je.


Ni la kedainya. Biasa je kedai dia. Takpe lah biasa pun asal makanan sedap & kedai bersih dah ok dah. Sesiapa yang nak try cendol kat sini boleh waze je Warisan Kak Aini terus waze bawak sampai sini. InshaAllah tak sesat. Kedai ni kat Wangsa Maju Seksyen 1. Boleh refer banner kat dalam gambar kat atas ni.


Yang ni cik firus order cendol biasa. Harga dia RM3. Selain dari tu ada jugak cendol pulut, cendol durian, cendol pulut durian, cendol pulut mangga. Ni antara menu cendol yang cik firus ingat. Banyak lagi menu lain. Bab makanan pulak ada rojak, laksa, pulut mangga. Cik firus mention menu yang ingat je tau.

Nak tau lagi details sila datang sendiri ke kedai ni yer. Kedai ni bukak Selasa sampai Ahad. Isnin tutup. Waktu bukak pulak 11.00 pagi sampai petang. Biasa dorang tutup kedai dalam 6.00 - 6.30 petang camtu. Enjoy your cendol guys.

**UPDATE**
Warisan Kak Aini dah pindah ke Wangsa Maju Seksyen 2

Friday, November 3, 2017

:: Subway RM10.90 ::

Assalamualaikum..

Dua hari lepas duk godek-godek website free sample ternampak pasal Subway. Sekarang Subway buat promo untuk any 6 flavours 6inch + air just bayar RM10.90. Contoh macam kat bawah ni.








Promo ni valid sampai 2 Jan 2018 je tau. Korang just tunjuk kupon ni through phone je. Dah tak payah nak print bagai. Sekarang ni semua paperless. Untuk info lanjut boleh terus ke website Subway. Enjoy your Subway guys.

Thursday, November 2, 2017

:: Penghujung 2017 ::

Assalamualaikum..

Lagi 1 bulan 28 hari 2017 akan melabuhkan tirai. Syabas cik firus sebab lepas setahun lebih baru update blog.


Harap-harap 2018 rajin lah cik firus update blog. Moh kite buat count down 2018 dari sekarang. Hestek roadto2018.