: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Friday, November 10, 2023

February 2023 | Tasik Villa International Resort PD

 Assalamualaikum..


Okay jom kita masuk bulan 2 punya citer pulak. Cik Firus ni memang kaki jalan2. Tak boleh duk rumah. So ajak la dakmok pegi healing kononnya. Healing dekat2 jela sebab pegi weekend kan. 


Destinasi pilihan ialah Tasik Villa International Resort kat PD. Cik Firus dah pernah pegi sebelum ni dengan ofismate tapi kitorang stay villa yang ada private pool. Kali ni berdua je dengan dakmok stay kat water chalet jela. Harga masa booking tu RM230++ termasuk tax & breakfast.


Dari jauh dah boleh nampak "Tasik Villa" tu


Okay ni pintu keluar masuk dia


Ni pulak area lobby hotel. Very nice. Sangat luas. Seat pun banyak.


Water chalet ni banyak block. Kitorang dapat block ni which is paling dekat dengan lobby.

Meh Cik Firus share gambar dalam bilik camne pulak yer. Best pasal water chalet ni dia ada balcony yang tak kecik sangat. Boleh lepak ambik angin kat luar tu.











Tasik Villa ni ada 3 jenis design bilik. Pertama design villa with private pool, kedua water chalet & ketiga jenis highrise macam hotel2 lain. Kawasan dia sangat luas. Lepas tu ada macam2 jenis aktiviti kita boleh kat dalam ni. Mostly aktiviti ni berbayar la kecuali duduk lepak kat common area. Sangat sesuai untuk yang betul2 nak healing, betul2 nak rehat. Tak payah keluar mana2 dah.





Lepas check-in kitorang lepak kat bilik sementara tunggu makanan sampai. Kitorang order grab je. Kalo nak order dari restoran hotel pun boleh tapi pricey sikit la. Dah kenyang baru la boleh buat aktiviti lain kat sini.


Kat bawah ni antara aktiviti berbayar kat sini.

                             





Harga kitorang main pedal boat untuk 30 minit. Guest akan dapat 20% less untuk setiap aktiviti. Masa nak bayar tu cashier akan mintak nombor bilik. Seronok main pedal boat cuma memenatkan sebab kaki kitorang ni pendek nak kayuh pedal tu..hahaha.                           




Esoknya kitorang breakfast kat hotel sebab memang dah included. Breakfast kat sini ada 2 slot. Masa check-in dorang suruh kita pilih terus nak slot yang mana satu. Macam Cik Firus sah2 la akan pilih slot pertama. Cik Firus memang morning person kalau time bercuti 😁







Makanan dia boleh tahan banyak pilihan. Rasa pun not bad. Sejenis Cik Firus kalau makanan tu sedap memang akan guna masa dorang provide tu sampai dorang buat announcement masa slot pertama dah habis. Basically kat sini dorang akan remind 15 minit sebelum masa habis. BTW mana yang bilik jauh nak pegi breakfast boleh call reception mintak buggy datang ambik. 

Selagi ada masa selagi tu la kitorang nak beraktiviti. Lepas je breakfast terus kitorang sewa tandem bike pusing2 dalam kawasan situ.





Puas jugak la pusing2 kat dalam tu selama 30 minit. Memang kena pakai topi yer sebab panas sangat. Dah settle mengayuh kitorang balik bilik, rehat kejap then bersiap untuk check-out. 

Cik Firus memang recommend sape2 nak datang sini. Memang seronok. Tak menyesal punya. Berbaloi dengan harga. Lagi satu best pasal tempat ni kita boleh tengok flight lalu setiap minit.

Okay tu je setakat ni.

Bye.

Wednesday, November 8, 2023

January 2023 | Johor Bahru

 Assalamualaikum..


Memandangkan sekarang dah masuk November & Cik Firus baru ada semangat nak update blog. Kali ni nak citer ringkas je.


January hari tu Ella kawan Cik Firus ajak teman dia pegi kenduri saudara dia. Kebetulan Cik Firus free onz jela teman dia. Hotel pulak cousin Ella dah booked tapi kitorang bayar separuh la sebab segan dengan cousin dia tu. Sepanjang kat sana memang cousin dia je yang keluarkan duit. Kitorang panggil godfather..hahaha.


 

Excited yer bila sampai sini. Especially bila nampak crown biru tu. Dah gaya macam nampak Sultan Johor.

Lebih kurang 7.00pm sampai hotel terus kitorang bersiap. 8.00pm dah kena ada kat wedding hall. 




Sedap okay makanan kat wedding ni. Cik Firus rasa ni wedding yang paling grand pernah Cik Firus attend. Sebijik macam wedding artis.


Gambar dengan pengantin mesti la ada kan sebagai kenangan. Bak kata orang sekarang tanda hadir.

Okay tu jer citer kali ni.

Bye 😉

Wordless Wednesday





 

Tuesday, November 7, 2023

#freePalestine

 Assalamualaikum..



Kita sebagai saudara Islam wajib #standwithPalestine.

Kita sebagai manusia berakal wajib #standwithPalestine.

Demi untuk #freePalestine.


Untuk tau lebih lanjut barang yang perlu kita boikot boleh refer tiktok BDS Malaysia atau website dia kat sini https://bdsmalaysia.com/

Semoga jihad kecil kita berjaya "koyakkan" pihak bendera bintang putih biru.

2023

 


Assalamualaikum..

Saja nak "hidupkan" blog walaupun 2023 dah masuk November.

Okay tu je. Bye..

Sunday, January 10, 2021

Jogging 2021

 Assalamualaikum..


Selamat datang tahun 2021. Hari ni first day jogging di tahun baru. Sebelum ni selalu pergi ke Taman Rekreasi Bukit Jalil tapi hari ni ubah angin sikit pergi ke Stadium Bukit Jalil.



 Cukup la kan 2.88km je. Next time kita up sikit lagi. Best jogging kat sini. Tempat bersih, luas, tak perlu bersesak dengan orang ramai macam tempat lain. Masuk parking bayar RM2 je. Tak payah kedekut sangat bayar parking RM2 tu daripada bayar saman DBKL kalau parking tepi jalan. InshaAllah next weekend datang sini lagi.

Saturday, October 31, 2020

Weekend Getaway To Cameron Highlands | 5 & 6 September 2020

 Assalamualaikum..


Sekarang baru ada masa & rajin nak update blog. Nak cerita pasal pergi Cameron Highlands awal bulan 9 hari tu. Actually ni baru kali ke-3 Cik Firus sampai CH. First time ke CH time sekolah dengan rombongan sekolah. Kalau tak salah time tu form 3 tahun 2005. Second time tahun 2017 dengan family. 


Kali ke-3 ni rare sikit Cik Firus ke CH sebab:

1) Berdua je dengan dakmok (adik)

2) Gerak dari KL

3) Drive kereta sendiri


Dah lama plan nak pergi CH dengan dakmok and tahun ni dapat jugak pergi. Kitorang lalu Simpang Pulai walaupun jauh sikit kalau nak dibandingkan lalu Tapah. Tak lalu Tapah sebab jalan dia agak mencabar and kecik.


Kitorang menginap di Kea Garden Mini Chalet. Chalet ni lain dari yang lain. Sangat unik. Memang betul mini sebab size dia muat tilam queen size je and kita tak boleh berdiri. Just imagine keadaan dia macam dalam khemah. Korang boleh google jugak. Kitorang memang saja pilih tempat ni sebab memang nak jalan jalan area Kea Farm je.






Walaupun bilik kecik tapi still ada tv and air mineral. Kipas or aircond memang takde la. Takde pun takpe sebab dah kat tempat sejuk kan. Locker untuk letak bag pakaian ada tapi bahagian luar ni ha.





Ok ni pulak dia punya bilik air. Dah macam hostel sekolah pulak. Yang best nya kat sini dorang sediakan jugak hair dryer and tempat khas untuk ambik wudhu'. Dalam setiap bilik air pulak memang shower tu dah siap ada air panas. So jangan bagi alasan tak nak mandi pulak yer. Sabun mandi pulak jenis liquid. Surau pun disediakan jugak cuma telekung & sejadah kena bawak sendiri.


Lunch merangkap dinner terus sebab dah pukul 6.40pm. Sampai pun dah petang so lepas check-in solat asar dulu then pegi makan. Makan kat dalam kawasan ni jugak. Nama dia Cafe Sinar Hijjaz. Harga nasi kukus ni lebih kurang macam KL jugak..takde la overprice pun. Lepas makan jalan jalan kejap kat pasar Kea Farm. 







Akhirnya aiskrim yang diidamkan selama ni dapat jugak beli. Time ni memang sangat sejuk & kitorang tak pakai sweater then makan pulak aiskrim. Memang menggigil la citer dia. Aiskrim Puku ni tersangat sedap. Kitorang beli 1 je perisa passion fruit sebab nak rasa. Harga RM5 sebatang. Perisa lain banyak lagi tapi strawberry punya dah habis. Laku keras perisa strawberry.


Selain beli aiskrim, kitorang beli ni jugak. Strawberry tu RM10 kalau tak silap, jagung mutiara dalam RM6 camtu, ubi rebus RM4. Kitorang makan kat taman kat luar bilik. Cantik taman dia. Orang luar pun ramai datang sini semata-mata untuk bergambar kat taman ni.




Dah siap makan tu kitorang terus masuk bilik. Malam sambung lepak lagi kat taman. 





Dah puas lepak kat taman kitorang masuk bilik. Hujan dari petang sampai ke malam. Malam tu tido pakai sweater sebab sejuk. 

Esoknya kitorang dah kena check out. Maklum la datang sekejap je. Sebelum check out kitorang breakfast dulu kat situ then pergi Kea Farm market lagi sekali.


Sanggup yer makan aiskrim pagi2 kat tempat sejuk semata-mata nak rasa flavour strawberry pulak. 

                                       

Beratur beli kek viral Pak Tam. Dah datang jauh2 kena la beli benda2 viral ni. Masa ni tak panjang sangat beratur sebab awal pagi lagi. Kek Pak Tam ni sebekas RM13. Sedap & lembut. 

                         
                                      

                                      

Bergambar kejap sebelum balik KL. Biasa la cik firus kan suka bergambar kat mana2 je. Buat kenangan.


Halah halah halah filter ni pun menipu naw. Masa ni lebih kurang 1.30pm ke 2.00pm dah sampai Hentian Simpang Pulai. Singgah dakmok nak pergi toilet. Pukul 4.00pm dah selamat sampai KL.