: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Tuesday, December 31, 2013

: : Outing With Family Last Weekend In 2013 Update Entry On The Last Day In 2013 : :

Assalamualaikum..

Selamat malam sume..ari ni merupakan ari terakhir untuk tahun 2013. So cik firus nak ambik kesempatan tuk update pada ari terakhir 2013 ni.

Ari jumaat lepas cik firus dapat call dari kazen cik firus yang umur 3 tahun. Biasa la budak2 zaman sekarang kecik2 da pandai guna phone. Kazen cik firus tanya bila nak datang umah dia. Petah betul kazen cik firus tu bercakap. Lama jugak la kitorang borak.

Cik firus terpikir jugak nak pegi umah kazen cik firus tu sebab ari kamis malam kazen cik firus yang sebaya dengan cik firus gitau dia ada kat umah kazen cik firus yang kecik tu. Ok cik firus decided tuk pegi umah kazen yang kecik tu sebab last jumpa dia pun raya haji aritu. Rindu sangat2 kat budak kecik tu. Tanya adik cik firus dia pun on jugak. Lepas balik keje terus pegi umah dia.

Ari sabtu tak pegi jalan mana2 sebab pakcik cik firus keje. Malam lepas maghrib baru kuar pegi pasar malam. Ingat nak pegi petang tapi budak kecik tu tido pulak. Sampai je pasar malam bukan pegi pasar malam terus tapi terjah kedai2 dekat pasar malam tu dulu. Bila pegi je pasar malam cam hampeh je sebab banyak makanan da abes. Tu la sape suruh pegi menyinggah tempat lain dulu. Da siap beli kitorang balik n menjamu selera then tido sebab esoknya nak pegi jalan2.

Esoknya bangun cam biasa. Pagi tu kitorang bekpes dulu kat umah. Makcik cik firus wat mee goreng. Lepas tu baru bersiap-siap nak kuar jalan2. Kitorang kuar umah dalam tengahari dah.


Ni memang aktiviti wajib cik firus n budak kecik ni. Bergambar dulu b4 pegi mana2. Tak pegi mana2 pun kitorang bergambar gak sebab kitorang memang pantang tengok camera..hehe. Destinasi kitorang adalah IKEA. Cik firus ajak makcik n pakcik cik firus makan meatball kat sana sebab cik firus da rindu giler2 nak makan meatball. Perjalanan kitorang nak ke IKEA ambik masa dalam setengah jam. Jalan pun tak jammed. Tapi budak kecik ni tido pulak dalam perjalanan tu. Sampai je IKEA da start stress sebab kereta banyak giler. Nak cari parking pun susah. Last2 dapat gak parking yang dekat dengan entrance n gate kuar.



Masuk je IKEA kitorang naik level atas. Jalan2 kat bilik pameran b4 sampai ke restaurant IKEA. Banyak giler barang cik firus berkenan tapi apakan daya pegi sana time belum gaji memang sengsara la. Dapat tengok je dengan hati yang sayu :(
Jalan punya jalan sampai la kitorang kat restaurant IKEA. Orang tak yah cakap memang fullhouse.

 Ni la makanan kitorang

 meatball n pasta ni adik cik firus punya

 mushroom soup order 2..satu tuk adik cik firus.lagi satu tuk budak kecik tu.

 Yihaaaaaaa dis is my meatball. cik firus rasa cam lain sikit cam tak sama rasa yang sebelum ni. Pakcik cik firus cakap meatball bakso lagi sedap..hahaha. Nasib baik pakcik cik firus order chicken wings.

Kek badam ni cik firus yang order. Memang da target nak beli kek daim tapi takde pulak. Ada kek badam je. Ermm takpe la kek badam pun kek badam la janji kek sebab memang teringin nak makan kek.

 Ok cik firus memang suka ganggu orang nak makan. Orang nak makan pun cik firus sempat lagi ajak bergambar..hihi

Siyesly cik firus memang langsung tak pasan bila adik cik firus snap gambar ni. Sedar2 je gambar ni da ada dalam phone dia.

Benda alah ni ada dalam toilet kat sana. Sebelum ni cik firus da penah tengok tapi tak pasan apa benda tu. Aritu terdetik nak tengok betul2 n baru tau apa benda tu sebenarnya :)

Ni muka kenyang kitorang..jom kita pegi shopping pulak.

Layan pulak gambar2 kitorang sementara menunggu pakcik makcik pilih barang.







Adik n kazen cik firus ralit duk main "ULAR"..cik firus memang tak join la sebab geli.




Layan budak kecik ni main benda alah ni sementara tunggu daddy dia simpan barang kat kereta


Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat dalam n luar THE CURVE. Sambil2 tu cuci mata skali. Macam2 ragam, macam2 fashion kitorang jumpa. Jom kita usha gambar lagi :)









Malam pun da menjelma badan pun da penat perut pun da kenyang so kitorang pun menuju ke arah kereta tuk balik. Otw balik umah pun budak kecik tu tido jugak. Yela da penat memang tido la sampai cik firus pun tido skali. Sampai umah baru cik firus terjaga. Budak kecik tu pulak da lama sampai umah baru terjaga.



Bila da terjaga memang susah la budak kecik nak tido balik. B4 masuk tido cik firus main dulu dengan budak kecik ni sebab esoknya da tak boleh main sebab da kena pegi keje n balik umah. Budak kecik ni suka sangat dapat whiteboard ni. Bukan setakat budak kecik ni, cik firus pun sama. Da lama tak jumpa whiteboard ni. Last jumpa beberapa tahun lepas time study..huhu. Cik firus pun main conteng2 gak kat whiteboard tu. Sambil2 tu ajar budak kecik ni menulis. Cik firus really enjoy n have fun on that day. Btw selamat tinggal 2013 yang penuh dengan ssegala kenangan, selamat datang 2014. Semoga hidup cik firus lebih baik pada tahun 2014 dari tahun 2013..aminnnnn :)

Thursday, December 19, 2013

:: Met Kakak Barbie ::

Assalamualaikum..

Have a nice thursday sume :)
Cik firus nak curi masa keje kejap tuk update blog ni. Ok sebenarnya cik firus jumpa kakak barbie..huh kakak barbie?? Barbie betul ke?? Nak tau betul ke tak tengok gambar kat bawah ni.


Camne percaya tak?? Sebenarnya sepupu kakak ni yang panggil kakak barbie. Kalo nak tau kakak barbie ni anak sedara kepada kak eynda. Kak eynda ni pun blogger jugak. Cik firus memang da lama follow blog kak eynda ni. Dalam blog kak eynda ni la cik firus selalu tengok gambar kakak barbie. 1st time tengok gambar kakak barbie ni cik firus cakap "cantiknya dia..kalo la boleh jumpa dia"..Selalu berangan nak jumpa kakak barbie at last one day angan2 cik firus tercapai bila kakak barbie datang ofis cik firus atas urusan bisnes. 1st time nampak kakak barbie kat ofis cik firus cam terkejut..cam tak percaya je. Time tu tengok je tak tegur pun sebab tak confident. Yela takut salah orang ke apa kan. Lagi satu time tu cik firus tak berurusan lagi dengan kakak barbie tak kan la tetiba nak pegi ganggu dia kan. For the 2nd time kakak barbie datang ofis time tu la baru cik firus berurusan dengan dia. Da settle bincang pasal keje baru cik firus tanya kakak barbie betul ke kakak barbie ni anak sedara kak eynda and she said "yes". Lepas tu kak barbie terkejut camne cik firus tau. Kakak barbie tanya camne tau then cik firus citer la memang cik firus ni follower kak eynda. Then citer lagi dengan kakak barbie bla bla bla bla and bla. Cik firus suka sangat dengan kakak barbie bcoz she's very friendly. Cakap pun lembut and sopan je. Semalam kakak barbie datang ofis lagi. Sekali lagi cik firus berurusan dengan kakak barbie. Semalam lama sikit duk discuss dengan kakak barbie..sambil2 tu kitorang borak2..hehehe. Da settle sume urusan bisnes cik firus dengan muka selamba ajak kakak barbie bergambar. Selamba je cik firus mintak tolong hubby kakak barbie snap kan gambar kitorang..hehe. Btw hubby kakak barbie sporting sangat2. Hepy sangat dapat jumpa kakak barbie. Lepas ni kita jumpa lagi yer kakak barbie :)

Monday, December 9, 2013

:: Short Vacation To Melaka & Johor Part 2 ::

Assalamualaikum..

Selamat hari isnin semua..cik firus nak curi masa jap tuk sambung update pasal vacation kat melaka & johor part 2 pulak.

Ok dah penat seharian jalan-jalan kat A Famosa tu balik tu memang tido jela. Esoknya pagi-pagi kitorang dah bersiap sebab kawan cik firus tu ajak pegi johor lah pulak. Planning asal pagi tu nak jalan-jalan kat bandar melaka tu tapi dah kawan cik firus ni meroyan ajak pegi johor so kitorang ikut kan jela..yela dah dia yang drive kan. Kitorang punya lah bersiap cepat-cepat tapi orang yang nak bawak kitorang tu tengah sedap berdengkur lagi. Adoiii sabar je lah dengan dia sorang ni.


Cik firus macam biasa lah sementara tunggu orang bersiap tunggu orang bekpes durian cik firus duk posing dulu dengan sorang kawan. Cik firus dengan sorang kawan ni memang tak makan durian..hehe. Dah siap semua kitorang terus gerak ke johor. Sebenarnya pegi johor pun sebab ada kenduri kawen kawan kepada kawan cik firus. Perkara yang paling tak best adalah kitorang terpaksa pakai baju kurung yang sama sebab tak tau pulak ada 2 kenduri kawen. Kalo korang perasan baju kurung cik firus pakai tu sama je juz tukar tudung. Sangat tak berpuas hati sebab terpaksa pakai baju sama. Korang jangan ingat kitorang pakai baju busuk tau..Kitorang dah basuh siap-siap tau baju tu. Dalam perjalanan nak keluar dari melaka kitorang singgah dulu kedai kat tepi jalan tuk beli ole-ole menandakan kitorang dah sampai melaka. Cik firus ni dah bape kali dah pegi melaka tapi tak penah pun nak beli tshirt melaka. So that time memang cik firus dah nekad nak beli jugak tshirt melaka. Akhirnya dapat jugak cik firus beli. Kalo ikut hati memang banyak benda nak beli tapi malangnya time tu cash kat tangan tak banyak..so sad.

Dah keluar dari melaka kitorang singgah R&R tuk bekpes. Kalo tak salah R&R Pagoh. Dah siap bekpes kitorang teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju iaitu kota tinggi. Sampai je kat kenduri kawen memang agak malu sebab kitorang tak kenal sape-sape kat sana. Lepas lepak kat rumah pengantin dalam 1 2 jam kitorang pegi ronda-ronda kat JB kejap b4 balik KL. 

 kat atas bukit tu VILLA NABILA yang sangat famous amos tu..first time cik firus tengok dengan mata sendiri secara live even tengok dari jauh

 yeay dah sampai danga bay..beria excited pulak padahal duk dalam kereta je

ok sekarang kita masuk wilayah iskandar pulak..time cik firus masuk kat dalam sana tu ada event apa ntah and kitorang selisih dengan kereta TMJ..tak sempat nak snap kereta TMJ yang smart tu sebab kereta tengah gerak kan



dis is legoland..tengok dari dalam kereta je..next time lah masuk dalam legoland tu pun kalo ada bajet lebih

Lepas round JB kitorang terus gerak balik KL. Kitorang dinner kat KFC restoran jejantas. Bengang pulak dengan kfc ni sebab sampai sudah cik firus punya burger dorang tak anta kat meja. Dah nak balik cik firus pegi mintak kat kaunter. Dah sampai senawang tu boleh pulak jalan jammed gila-gila..Last2 decide tuk masuk LEKAS. Kitorang sampai rumah pukul 1.00 pagi..penat gila badan even tak drive..yela duduk je dalam kereta memang penat lah.

So tu aje lah kisah short vacation kitorang..even short kitorang still enjoy that vacation.