: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Sunday, October 18, 2020

Singapore Trip | Day 2

Assalamualaikum..

Meh kita sambung story Singapore trip bulan 2 tahun lepas. Kalau nak baca yang day 1 punya boleh baca kat SINI.

Sebelum masuk Singapore tu kitorang bekpes dulu kat hotel. Bukan berlagak eh nak bekpes kat hotel tapi sebab dah included time booking. Kalau tak included tak kuasa bayar mahal semata nak bekpes kat hotel.


Ok ni tiket bas kitorang. Konon nak turun kat Jurong East tapi turun kat Boon Lay sebab along ada urusan kat situ. Tak kisah la janji dah masuk Singapore.

First destination nak pergi USS. Kena pergi pagi sebab lambat nanti orang ramai plus panas. Kitorang naik MRT dari Boon Lay turun kat Harbour Front.


Masuk Vivo City naik ke level 3 sampai jumpa kaunter macam gambar kat atas untuk beli tiket monorail. Untuk pergi USS banyak cara tapi kitorang pilih naik monorail.


Jangan buang pulak tiket monorail ni sebab nak balik nanti kita still kena guna tiket yang sama ni. Kalau buang tak tau la macam mana. Maybe kena beli baru.





Pergi USS nak tengok globe besar tu je. Next trip la masuk USS sebab 1st trip ni banyak tempat lagi nak pergi.

Next destination is Gardens By The Bay. 



Luas ok garden ni. Tak caya tengok map kat atas tu. Masa sampai sini dah tengahari. Cuaca tersangat la panas time ni. Lepas masuk garden tu baru la rasa ada angin. Fuhh lega...




Dari Gardens By The Bay tu boleh terus ke Arts Science Museum. Jalan kaki je. Dia ada terowong camtu nak ke sana then connect dengan Marina Bay Sands mall. Masuk mall tu sampai level atas then keluar akan nampak museum ni.



Jalan depan sikit dah jumpa Helix Bridge. Nampak je muka senyum tapi sebenarnya tengah tahan panas. Memang tersangat panas time ni.


Dah abes bergambar semua cepat2 masuk mall balik. Plan nak lunch kat situ tapi tak jadi..hahaha.


Memang dah plan nak cari butik Charles & Keith kat dalam ni. Jumpa jugak akhirnya lepas puas keliling mall cari. Berangan la nak beli tapi takde yang berkenan pulak. Harga tak mahal sangat. Bila convert ke RM pun lebih kurang harga kat Malaysia je.

Layan jugak la tengok air ni 🤭


Yang ni bukan nak tunjuk product dalam Guardian tapi nak tunjuk price tag. Cik Firus macam wow sekejap tengok digital price tag.


Yang ni betul Cik Firus nak tunjuk product Guardian. Air vitamin ni tersangat la sedap. Air ni produce kat Malaysia tapi jual untuk Singapore. Kenapa tak jual kat Malaysia skali?? Air ni sedap wehh.

Dah penat round dalam mall moh ler kita balik. Before naik MRT singgah 7E kejap beli roti.


Memang saja beli roti yang takde kat Malaysia. Opkos roti gardenia ada kat Malaysia tapi flavour sambal shrimp takde. Rasa dia so so je.


Here we go our lunch nasi ayam boon lay. Jangan pandang sebelah mata. Rugi sape tak makan nasi ayam ni. Yes nasi ayam ni takde sup hanya nasi, ayam & sambal cili tapi layan beb. Sambal cili dia tu perfect.

Okay done jelajah Singapore 2 hari. Hari ke 3 tak masuk Singapore sebab dah kena balik KL.






Monday, February 18, 2019

Singapore Trip | Day 1

Assalamualaikum..

Cik Firus dah lama teringin nak pergi Singapore tapi tak pernah sampai. Ada je halangan. Alhamdulillah cuti Hari Wilayah hari tu rezeki cik firus dapat jejakkan kaki ke kota singa. Macam biasa la kalau pergi travel mesti la pergi dengan adik cik firus.


Cik firus naik bas dari TBS ke KLIA2 jam 5:00 pagi.


Cik firus macam impress dengan diri sendiri sekejap sebab berjaya bawak backpack sekecik ni je untuk percutian 3h2m..haha. Sebelum ni untuk weekend getaway pun backpack lagi besar dari yang ni.


Kali ni cik firus try flight Jetstar Asia. Bukan sesaja tukar angin tapi time booking flight tix tu flight ni yang paling murah. RM64.00 one way kira murah la tu. Tak tau la kalau orang lain boleh dapat lagi murah dari harga ni.


Alhamdulillah jam 10:10 pagi selamat landed di Terminal 1 Changi Airport. Btw waktu Malaysia dengan Singapore sama je. First thing first is beli simkad sebab nanti senang nak guna internet ke whatsapp ke apa ke.

Cik firus beli simkad Starhub di UOB Exchange berharga $12. Simkad ni valid untuk 7 hari. Ada 100GB data internet. So cik firus share je dengan adik tak perlu beli 2 simkad. Dah settle simkad kita cari kaunter STP pulak.



Cik firus beli STP 2 hari punya sebab 2 hari je nak masuk Singapore. Hari ke 3 dah tak masuk. STP ni kena bayar sekali deposit. Deposit boleh refund bila kita return STP tu. Kalau tak return burn la deposit tu. So pilih la nak return ke nak simpan. Up to u. Dah ada STP baru la syok nak pegi mana-mana pun.


Destinasi pertama pergi lunch dulu sebab dah tengahari. Plan asal nak pergi Merlion dulu tapi bila dah berfikir dengan waras terus cancel ke Merlion. Dah la time tu memang panas terik.

Orang cakap kalau ke Singapore wajib makan kat Restoran Singapore Zam Zam ni. Moh ler kite try makanan dia yang di gembar-gembur kan tu.



Kitorang order nasi briyani ayam & murtabak daging je. Air tak order sebab dah beli air mineral kat guardian mrt station bugis.

        

Nasi briyani dia bagi cik firus biasa je. Portion memang banyak. Ayam pun besar gedabak. Cik firus dah share dengan adik tapi still tak habis.


Murtabak daging ni memang sedap. Serius tak tipu. Makan panas panas camtu tu dah sedap dah. Tak payah cicah kuah pun takpe. Murtabak ni cik firus ambik size small je. 


Ni harga makanan kitorang. $6.50 nasi briyani ayam, $5 murtabak daging.

Perut pun dah kenyang baru la ada tenaga nak jelajah Singapore 😄
Lepas tu kitorang jalan-jalan area Masjid Sultan. Masjid Sultan ni betul-betul berdepan dengan Restoran Singapore Zam Zam.




Time ni orang tengah solat jumaat so cik firus tak singgah lagi la masjid ni. Lepas jalan-jalan area situ cik firus singgah masjid balik nak solat.


Kat lorong ni banyak restoran arab. Cik firus tak tau apa nama lorong ni. Main redah je. Lorong ni betul-betul berdepan pintu masuk Masjid Sultan.



Jalan-jalan sampai ke Haji Lane. Lepas tu terjumpa kedai DUCK SCARVES. Excited jap jumpa DUCK SCARVES kat sini. Lepas tu terus teringat kat blogger kak eynda sebab dia peminat tegar DUCK SCARVES & cik firus peminat tegar kak eynda..hahaha. Jalan lagi jumpa I AM Cafe.

Cik firus cakap kat adik nak pergi Mustafa Centre. Adik ajak jalan kaki sebab dekat katanya. Dulu masa dia datang sini dia jalan kaki je. Tanya dia nak lalu arah mana tapi dia pun tak tau. Terpaksa guna google maps. Boleh tahan berpeluh jugak jalan kaki ni. Dengan cuaca panas lagi. Kau buli kakak kau dik!! 


Dah sampai Mustafa Centre beli badak ni je. Badak ni harga $1.90. Sedap woiii badak ni. Tak cukup pulak beli sekotak je. Next time pergi nak beli banyak-banyak. Kat Malaysia tak tau ada ke tak sebab tak pernah jumpa. Tak sempat nak window shopping sangat kat sini sebab kitorang rushing nak back to Masjid Sultan.


Ni je gambar dalam Masjid Sultan yang sempat snap. Ruang solat wanita kat bahagian atas. Telekung sangat banyak & condition pun still baru. Tempat wudhuk separate dari bangunan masjid but still dalam kawasan masjid. Dah siap solat pergi kedai depan masjid kejap beli sourvenir. Lepas tu terus gerak pergi Merlion Park.


Yeayyyy dah dapat tengok depan mata merlion ni haa. Punya la ramai manusia kat sini sampaikan nak snap gambar pun susah. 







Tak lama pun lepak kat sini sebab big brother a.k.a along dah habis kerja. Dia dah tunggu kat Joo Koon Mrt Station. Kitorang pun dah penat. Dah tak larat nak pergi tempat lain. Esok jela sambung jalan-jalan. Kebetulan pulak train yang kitorang naik tu last stop kat Joo Koon. Sesiapa nak pergi next station kena turun & tunggu next train baru la ada train ke last station which is Tuas Link.


Yeayyy jumpa along after so long tak jumpa. Last jumpa time raya tahun lepas..hahaha. Ok dah jumpa along kita tunggu next train to Tuas Link Station. Kitorang turun kat Tuas Link Station sebab dari sana kitorang nak naik bas pulak balik Malaysia. Dasyat kan bunyi balik Malaysia naik bas..hahaha. Kitorang tak stay Singapore. Maklum la hotel kitorang along sponsor so ikut cakap along jela. Kitorang checked in kat Hotel Holmes Gelang Patah. Hotel ni sangat best. Memang tak rugi check in kat sini. Station bas pun depan hotel je. Senang nak keluar masuk Singapore guna bas. 

Setakat ni je dulu story untuk hari pertama di Singapore. Ada masa nanti cik firus update story hari kedua di Singapore & review pasal Hotel Holmes ni. Byeee

Wednesday, January 2, 2019

Free Prosperity Burger

Assalamualaikum..

Rezeki tahun baru Cik Firus dapat burger free. Alkisahnya hari tu (28/12/18) Cik Firus order (delivery) prosperity burger beef tapi dapat chicken pulak.


Isnin (31/12/18) baru sempat email pada McD bagitau burger salah. Tak lama lepas tu staff McD call bagitau akan ambil tindakan selanjutnya.

Hari ni (02/01/19) lagi sekali staff McD call minta maaf atas kesilapan dari pihak McD and bagitau akan hantar prosperity burger beef macam order Cik Firus free of charge.


Alhamdulillah rezeki tahun baru. Thanks a lot McD for your fast action.