: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, December 1, 2014

:: 1st December Yang Stress ::

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk bulan decembèr. Cik firus tengok sume orang duk update welcome december. Happy bebenor dorang yer. Me?? I'm totally not happy because pagi2 tren dah buat hal. Tren delay lagi.

Sampai je atas kat tempat menunggu tu orang ramai giler..nak jalan pun susah. Cik firus & adik memang dah decided tak nak ke gombak takot lambat macam hari tu tapi kitorang naik jugak tren yang sampai bila dengar polis bantuan cakap ke kelana jaya. Tapi hampeh jugak tren gerak ke gombak. Redha jela jawabnya. Takpe la at least takde la nak berhimpit-himpit bila masuk tren lambat. Memang sakit hati sangat sebab jarak masa untuk buat annoucement lama. Dah buat announcement tu suara pulak tergagap-gagap plus tak clear.

Kesimpulannya cik firus sampai ofis hari ni pukul 9.30. Lewat sejam dari biasa. Ofismate cik firus sorang sampai pukul 10 lebih & lagi sorang pukul 11 lebih. TERBAIKKKKKKKKKKK!!!! SYABAS RAPID KL UNTUK HARI NI!!!!

Sunday, November 30, 2014

:: Testing ::

Assalamualaikum..

Selamat petang ahad. Saja je cik firus try update blog guna tab. Nampaknya dah boleh update blog guna tab. b4 this penah jugak try update blog guna tab tapi tak dapat. Maklum la lappy kesayangan dah nazak so tak boleh update blog guna lappy lagi dah. Kena anta masuk icu dulu lappy tu..tu pun kalo boleh diselamatkan. Ok lah selamat berhujung minggu sume.


Friday, September 12, 2014

:: Tayangan Perdana LAGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH ::

Assalamualaikum..

Salam Jumaat sume.. Uollss ada BCard?? Tau BCard tu apa?? Tak tau pegi google sendiri yer. Cik firus one of a BCard holder so apa2 update pasal BCard memang masuk dalam email. Satu hari tu dapat email pasal satu contest ni and hadiah dia 2 tiket wayang free tayangan perdana LAGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH. Cik firus pun klik link yang diberi tu. Rupa-rupanya contest buat slogan. Cik firus sangat tak teruja tengok contest tu sebab cik firus memang tak suka buat slogan and lagi satu sebab cik firus tak penah tengok citer LBS ni. Cik firus pun tak tau camne cik firus boleh tak layan citer melayu ni nak2 pulak adaptasi dari novel. Kalo citer lain tu cik firus la nombor 1 layan. Maybe sebab cik firus belum baca novel dia.

Nak dijadikan cerita lepas 2 3 hari cik firus bukak link tu, terdetik kat hati untuk masuk contest ni. Cik firus memang takde idea langsung nak buat slogan ayat yang bunga2 then terus cik firus buat ayat yang straight forward, isi form then submit.

ni la cik firus punya slogan yang straight forward tu

Cik firus masuk contest ni just untuk suka2. Kalo dapat tiket free tu kira rezeki la. Hari isnin 8/9/2014 pihak BCard ada call tapi cik firus tak jawab sebab ingat orang jual insurans ke apa. Hari selasa 9/9/2014 pihak Bcard call lagi still tak jawab sebab time tu bz. Petang sikit pihak BCard call lagi and time tu baru cik firus jawab. Then pihak BCard gitau cik firus menang contest tu and dapat 2 tiket free. Time tu rasa teruja sangat2 rasa cam nak lompat je..hehe. Tak sangka cik firus terpilih sebab cik firus memang susah nak menang kalo masuk apa2 contest.

Hari rabu 10/9/2014 lagi sekali pihak BCard call tanya cik firus nak bawak sape2 lagi tak. Cik firus cakap bawak sorang jela sebab tiket ada 2 je kan. Pihak BCard gitau boleh bawak kawan lagi kalo nak bawak sebab ada tiket lebih. Cik firus cakap la tambah 6 tiket lagi so total tiket 8. Pihak BCard pun ok. Offer kat budak ofis tapi dorang tak boleh join pulak. Last2 ajak housemate cik firus dengan kawan dia and ofismate adik cik firus. Lepas keje terus pegi GSC Berjaya Times Square. Ok lets enjoy a few pictures.








Habis la sudah tengok LAGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH secara percuma. Happy sebab dapat tengok free and tayangan perdana lagi. Untung la sebab orang lain boleh tengok start 11/9/2014 tapi kitorang boleh tengok sehari awal dari orang lain. Sape yang belum tengok boleh pegi tengok untuk tau camne ending hidup "budak setan" yang hensem giler tu :)