JUMAAT
15 October 2010
Malam ni cik firus akan balik ganu naik bas
tasik kenyir ekspress 9.00 malam. Petang tu lepas abes test BEL cik firus basuh
baju and kemas ape yang patut. Da siap kemas cik firus pun tido jap. Sempat lah gak
tido sejam. Kul 6.45 petang cik firus pun bangun and mandi. Then bersiap-siap. Lepas
solat maghrib cik firus pun gerak ke lrt. cik firus sampai ke hentian putra kul 8.00 malam.
Awal la pulak. So I have to wait for one hour. Orang kat situ lak memang ramai
giler. Kerusi takde yang kosong. Sume penuh. So cik firus pun berdiri lah sambil tunggu
bas masuk dalam terminal. Sementara tu keje cik firus tengok orang ramai lalu lalang.
Adoiii pening pun yer gak tengok orang ramai ni. Macam-macam ragam. Kul 8.45 dorang da wat pengumuman kat penumpang suh naik bas. Malam ni dorang umum lak
tuk bas tasik kenyir. Pelik cik firus sebab sebelum ni tak umum pun. Nampak bas kat
terminal pakai redah jer. cik firus pun dengan semangat nyer ambik bag terus pegi kat
bas. Yela kalo da pegi kat bas terus naik and boleh duduk. Tak yah nak berdiri
lagi dah. cik firus pun pegi lah kat bas, bagi tiket then terus naik. Da naik tu ape
lagi terus duduk lah sebab kaki da lenguh berdiri tadi. cik firus da agak da kalo
naik bas awal mesti panas sebab tak pasang aircond. cik firus duk kat double seat.
Sebelah cik firus pompuan. Malam tu cik firus rase tak selesa. Pening pun ade, rase nak
muntah pun ade. So da best way is tido. cik firus pun tido la dengan nyenyak nyer.
Sedar-sedar pun kat r&r gambang dah. Ingat nak turun tapi tak jadi takot
kena tinggal sebab tak tau dah bape lame bas brenti. cik firus pun ape lagi sambung
tido balik. cik firus terjaga balik kat Bandar muktafi bilah shah. cik firus sambung tido
balik sebab jauh lagi dengan rumah cik firus. cik firus terjaga balik da sampai depan balai
polis ajil. Alamak!!! cik firus da terlajak!! Time tu rase nak nanges pun ade, gabra
pun ye jugak. Tak penah-penah cik firus terlajak. cik firus pun call papa and gitau cik firus da
terlajak. cik firus suh papa datang ambik kat kuala berang. Kalo siang hari cik firus da turun
kat ajil tu tapi ni malam2 buta. Lepas tu cik firus tak tido da. Sampai kat kuala berang
bas brenti depan 7E. ramai yang turun kat situ. cik firus wat don’t know jer sebab cik firus nak turun kat terminal. Pastu cik firus terpikir maybe bas brenti kat situ je
then terus ke tasik kenyir. cik firus duk pikir nak tanye tak kat driver bas. Last2 cik firus pegi tanye kat driver bas then driver bas gitau bas brenti kat situ je
sebab nak ke tasik kenyir terus. cik firus pun terpaksa la turun kat situ. Kalo tak
turun jawab nyer sampai tasik kenyir lah cik firus. cik firus call papa lagi tuk gitau cik firus turun kat 7E. cik firus rase lame sangat tunggu papa sampai. Da la ade budak laki 2 3
orang depan 7E. Takot gak kalo2 dorang kaco. Kena pulak kalo ade yang mabuk
tak ke naya. Lepas tu papa pun sampai dengan acik. cik firus terus masuk dalam keta. sampai umah kul 3.30 pagi. Sampai
kuala berang tadi kul 3.00 pagi. Bapak awal sampai. Sebelum ni sampai depan umah
dalam kul 4.00 or 4.30 pagi. cik firus rase driver bas bawak slow je. Ntah lah yang
penting cik firus selamat sampai walaupun terlajak. Haishh tak penah2 cik firus terlajak
kali ni terlajak lak. Ngantok sangat kot tambah pulak pening kepala memang syok
la cik firus tido.
ISNIN
18 October 2010
Hari
yang ceria….. ceria semacam je cik firus arini. Ofkos la ceria sebab malam tadi mimpi
yang best. Tak penah2 cik firus mimpi my crown prince, malam tadi cik firus mimpi my crown
prince. Wahh so sweet. Suke suke suke. Alangkah bagusnyer kalo mimpi camni tiap2
malam. Tengah2 hepy camni tetibe ingat kat kecik iaitu member cik firus. cik firus pun msg kecik gitau yang
malam tadi mimpi my crown prince. Kecik pesan suh simpan mimpi tu.
Jangan citer kat sape2 nanti tak jadi reality. Kat kecik pun cik firus tak citer
mimpi tu camne sebab kecik cakap jangan citer. cik firus just gtau kecik yang cik firus mimpi my crown prince. cik firus akan simpan mimpi tu. Mane la tau kot2 mimpi tu jadi
reality. Kalo mimpi tu jadi reality cik firus la orang yang paling hepy. I’m so hepy
today. Missssssssssssssssssssssssssssssssssssssss u so mucchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
my crown prince!!!!!!!!!!!!
p/s: crown prince yg cik firus mimpi tu x same cam yg kt atas tu tapi lebih kurang camtu la.. klon dye kot..huhuhu
SABTU
23 October 2010
Malam
tadi cik firus mimpi lagi tapi kali ni bukan my crown prince tapi HH. Mimpi HH tu da
best tapi jalan citer mimpi tu yang tak bape nak best. Hampeh tol la. Next time
jalan citer mimpi tu best r sikit. Contoh jalan citer mimpi yang best
adalah…………………………………………………………………………….RAHSIA!!!!!!!!!!!!!!!! hehehehe…mane boley
citer camne nanti tak jadi reality. Hahahahhaha!!!! tak pun mimpi tu biar r cam pic kt atas tu..kn bestttttt.
No comments:
Post a Comment